Sebab berikut boleh dipertimbangkan.
Kami juga mengesyorkan supaya anda menyemak status pencetak dalam Tugas/Status, seperti sama ada pencetak sedang menerima faks atau tidak.
Penyelesaian
Sekiranya anda melanggan perkhidmatan pemajuan panggilan, pencetak mungkin tidak boleh menerima faks. Hubungi pembekal perkhidmatan.
Penyelesaian
Jika peranti telefon luar disambungkan ke pencetak dan berkongsi talian telefon dengan pencetak, pilih Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Faks > Tetapan Asas, kemudian tetpkan Mod Terima kepada Auto.
Penyelesaian
100 dokumen yang diterima telah disimpan dalam peti masuk dan kotak sulit secara keseluruhan. Padam dokumen yang tidak diperlukan.
Penyelesaian
Apabila anda telah membuat tetapan untuk menyimpan faks yang diterima ke komputer, hidupkan komputer itu. Faks yang diterima akan dipadam sebaik sahaja ia disimpan ke komputer. Faks yang diterima dipadamkan selepas disimpan ke komputer.
Penyelesaian
Apabila menerima faks menggunakan ciri subalamat, pastikan bahawa subalamat dan kata laluan adalah betul. Semak dengan pengirim bahawa subalamat dan kata laluan sepadan.
Penyelesaian
Pastikan nombor pengirim boleh dipadamkan daripada Senarai Nbr Penolakn sebelum memadamnya. Padamnya daripada Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Faks > Tetapan Asas > Faks Penolakan > Edit Senarai Nombor Penolakan. Atau nyahdayakannya Senarai Nbr Penolakn dalam Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Faks > Tetapan Asas > Faks Penolakan > Faks Penolakan. Faks yang dihantar daripada nombor yang belum didaftarkan pada senarai ini disekat apabila tetapan ini didayakan.
Penyelesaian
Daftar nombor faks pengirim ke senarai kenalan. Atau nyahdayakan Kenalan Tidak Berdaftar dalam Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Faks > Tetapan Asas > Faks Penolakan > Faks Penolakan. Faks yang dihantar daripada nombor yang belum didaftarkan pada senarai ini disekat.
Penyelesaian
Tanya pengirim sama ada maklumat pengepala disediakan pada mesin faks mereka. Atau nyahdayakan Faks Pengepala Ksg Disekat dalam Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Faks > Tetapan Asas > Faks Penolakan > Faks Penolakan. Faks yang tidak mengandungi maklumat pengepala disekat apabila tetapan ini didayakan.