Item mungkin tidak tersedia bergantung pada tetapan lain yang anda buat.
Pilih sama ada hendak menyalin dalam warna atau monokrom.
H&P
Menyalin dokumen asal dalam salinan hitam dan putih (monokrom).
Warna
Menyalin dokumen asal dalam salinan warna.
Tingkatkan tahap ketumpatan apabila hasil salinan kabur. Mengurangkan tahap ketumpatan apabila dakwat comot.
Pilih sumber kertas yang anda mahu gunakan. Apabila Auto dipilih, kertas disuap secara automatik menggunakan tetapan Tetapan Kertas yang dibuat ketika anda memuatkan kertas.
Konfigurasi nisbah pembesaran bagi pembesaran atau pengecilan. Ketik nilai dan tentukan pembesaran yang digunakan untuk membesarkan atau mengecilkan saiz dokumen asal dalam julat 25 hingga 400%.
Auto
Besarkan atau kurangkan saiz asal secara automatik kepada pembesaran saiz kertas. Sebagai contoh, jika anda menetapkan saiz asal kepada A6 dan menetapkan saiz kertas kepada A4, pembesaran dilaraskan secara automatik kepada 200%.
Apabila terdapat margin putih sekeliling dokumen asal, margin putih daripada tanda sudut (
) kaca pengimbas dikesan sebagai kawasan imbasan tetapi margin di bahagian bertentangan boleh dipangkas.

Kertas Kurgkn utk Muat
Menyalin imej yang diimbas pada saiz yang lebih kecil daripada nilai Kecilkn/Bsrkn untuk dimuatkan dalam saiz kertas. Jika nilai Kecilkn/Bsrkn lebih besar daripada saiz kertas, data mungkin dicetak melebihi tepi kertas.
Saiz Sebenar
Menyalin pada saiz pembesaran 100%.
A4→A5 dan lain-lain
Membesarkan atau mengecilkan saiz dokumen asal untuk dimuatkan pada saiz kertas tertentu.
Pilih jenis dokumen anda. Menyalin dalam kualiti optimum untuk dipadankan dengan jenis dokumen asal.
Pilih bentangan 2 muka.
1→1 Muka
Menyalin satu belah dokumen asal kepada satu belah kertas.
2>2 Muka
Menyalin kedua-dua belah dokumen asal dua belah kepada kedua-dua belah satu helaian kertas. Pilih orientasi dokumen asal anda serta kedudukan pengikatan dokumen asal dan kertas.
1>2 Muka
Menyalin dua dokumen asal satu muka kepada kedua-dua muka pada satu helaian kertas. Pilih orientasi dokumen asal anda dan kedudukan pengikatan kertas.
2>1 Muka
Menyalin kedua-dua muka dokumen asal dua muka kepada satu muka pada dua helaian kertas. Pilih orientasi dokumen asal anda dan kedudukan pengikatan dokumen asal.