Pilih ciri ini jika terdapat sebarang masalah dengan cetakan anda. Anda boleh memeriksa muncung yang tersumbat dan membersihkan kepala cetak jika perlu dan kemudian melaraskan beberapa parameter untuk meningkatkan kualiti cetakan.
Pilih ciri ini untuk memeriksa jika muncung kepala cetak tersumbat. Pencetak akan mencetak corak pemeriksaan muncung.
Pilih ciri ini untuk membersihkan muncung yang tersumbat dalam kepala cetak.
Pilih ciri ini untuk menggantikan semua dakwat di dalam tiub dakwat. Lebih banyak dakwat digunakan berbanding pembersihan biasa. Lihat “Maklumat Berkaitan” di bawah untuk mendapatkan butiran tentang penggunaan ciri ini.
Pilih ciri ini untuk melaraskan kepada cetak bagi meningkatkan kualiti cetakan.
Penjajaran garis
Pilih ciri ini untuk menjajarkan garisan menegak.
Penjajaran Mendatar
Pilih ciri ini jika jalur mendatar kerap kelihatan dalam cetakan anda.
Pilih ciri ini untuk menetapkan semula paras dakwat kepada 100% semasa mengisi tangki dakwat.
Pilih ciri ini jika terdapat kotoran dakwat pada penggulung dalaman. Pencetak menyuap kertas untuk membersihkan penggulung dalaman.
Gunakan ciri ini jika masih terdapat beberapa sisa kertas yang koyak di dalam pencetak walaupun setelah mengeluarkan kertas yang tersangkut.Pencetak meningkatkan ruang antara kepala cetak dan permukaan kertas untuk memudahkannya mengeluarkan sisa kertas yang koyak.
Pencetak melakukan Cetak Pemerik Nozel Kepala dan Cetak Pembersihan Kepala secara automatik berdasarkan tempoh masa tertentu. Pilih Hidup untuk mengekalkan kualiti cetakan premium. Di bawah syarat berikut, lakukan sendiri Cetak Pemerik Nozel Kepala dan Cetak Pembersihan Kepala.
Masalah percetakan
Apabila Mati dipilih untuk Pembersihan Berkala
Apabila mencetak pada kualiti yang tinggi seperti foto
Apabila mesej Cetak Pembersihan Kepala dipaparkan pada skrin LCD