> Menyelesaikan Masalah > Kualiti Mencetak, Menyalin, Mengimbas dan Faks Rendah > Kualiti Cetakan Rendah > Jalur Berwarna Kelihatan pada Selang Dalam Anggaran 3.3 cm

Jalur Berwarna Kelihatan pada Selang Dalam Anggaran 3.3 cm

Sebab berikut boleh dipertimbangkan.

Tetapan jenis kertas tidak sepadan dengan kertas yang diisi.

Penyelesaian

Pilih tetapan jenis kertas yang sesuai untuk jenis kertas yang dimuatkan dalam pencetak.

Kualiti cetakan ditetapkan kepada rendah.

Penyelesaian

Semasa mencetak pada kertas biasa, cetak menggunakan tetapan yang berkualiti lebih tinggi.

  • Panel kawalan

    Pilih Terbaik sebagai Kualiti pada tab Lanjutan dalam tetapan cetak.

  • Windows

    Pilih Tinggi daripada Kualiti pada tab Utama pemacu pencetak.

  • Mac OS

    Pilih Baik sebagai Print Quality daripada menu Tetapan Cetak dialog cetakan.

Kedudukan kepala cetak tidak sejajar.

Penyelesaian

Jajarkan kepala cetak menggunakan ciri Pelarasan Kualiti Cetakan.