Simpan/Majukan Tanpa Bersyarat:

Anda boleh menemui menu pada panel kawalan pencetak di bawah.

Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Faks > Tetapan Terima > Tetapan Simpan/Majukan > Simpan/Majukan Tanpa Bersyarat

Perhatian:

Pada skrin Web Config, anda boleh menemui menu di bawah.

Fax tab > Save/Forward Settings > Unconditional Save/Forward

Anda boleh menetapkan destinasi penyimpanan dan pemajuan pada Peti masuk, komputer, peranti memori luaran, alamat e-mel, folder kongsi dan mesin faks lain. Anda boleh menggunakan ciri ini pada masa yang sama. Jika anda menyahdayakan semua item dalam Simpan/Majukan Tanpa Bersyarat, pencetak akan ditetapkan kepada cetak faks yang diterima.

Simpan ke Peti Masuk:

Menyimpan faks yang diterima dalam Peti masuk pencetak. Sehingga 100 dokumen boleh disimpan. Harap maklum bahawa menyimpan 100 dokumen mungkin tidak dapat dilakukan bergantung pada syarat penggunaan seperti saiz fail bagi dokumen yang disimpan dan menggunakan pelbagai ciri penyimpanan faks pada satu masa.

Walaupun faks yang diterima tidak dicetak secara automatik, anda boleh melihatnya pada skrin pencetak dan mencetak faks yang anda perlukan sahaja. Namun begitu, jika anda memilih Ya dan Cetak pada item lain, seperti Simpan ke Komputer dalam Simpan/Majukan Tanpa Bersyarat, faks yang diterima dicetak secara automatik.

Simpan ke Komputer:

Menyimpan faks yang diterima sebagai fail PDF pada komputer yang disambungkan kepada pencetak. Anda hanya boleh menetapkan ini kepada Ya dengan menggunakan FAX Utility (aplikasi). Anda tidak boleh mendayakan ini daripada panel kawalan pencetak. Pasang FAX Utility pada komputer terlebih dahulu. Selepas menetapkan ini kepada Ya, anda boleh menukar ini kepada Ya dan Cetak daripada panel kawalan pencetak.

Simpan ke Peranti Memori:

Menyimpan faks yang diterima sebagai fail PDF pada peranti memori luaran yang disambungkan kepada pencetak. Langkah memilih Ya dan Cetak akan mencetak faks yang diterima semasa menyimpannya ke peranti memori.

Dokumen yang diterima disimpan dalam memori pencetak buat sementara waktu sebelum dokumen disimpan dalam peranti memori disambungkan kepada pencetak. Oleh sebab terdapat ralat memori penuh yang menyahdayakan penghantaran dan penerimaan faks, pastikan peranti memori bersambung kepada pencetak.

Majukan:

Memajukan faks yang diterima kepada mesin faks lain atau memajukannya sebagai fail PDF kepada folder dikongsi pada rangkaian atau kepada alamat e-mel. Faks yang dimajukan dipadamkan daripada pencetak. Memilih Ya dan Cetak akan mencetak faks yang diterima semasa memajukannya. Pertama sekali, tambahkan destinasi pemajuan pada senarai kenalan. Untuk memajukan kepada alamat e-mel, konfigurasi tetapan pelayan e-mel.

  • Destinasi: Anda boleh memilih destinasi pemajuan daripada senarai kenalan yang anda telah tambahkan.

    Jika anda telah memilih folder dikongsi pada rangkaian atau alamat e-mel sebagai destinasi pemajuan, kami mengesyorkan anda menguji sama ada anda boleh menghantar imej yang diimbas ke destinasi dalam mod imbasan. Pilih Imbasan > E-mel atau Imbasan > Folder Rangkaian/FTP daripada skrin utama, pilih destinasi dan mulakan pengimbasan.

  • Pilihan Apabila Pemajuan Gagal: Anda boleh memilih sama ada hendak mencetak faks yang gagal atau menyimpannya pada Peti masuk.

    Apabila Peti masuk penuh, menerima faks dinyahdayakan. Anda perlu memadam dokumen dari peti masuk setelah disemak. Bilangan dokumen yang gagal untuk dimajukan dipaparkan pada di skrin utama, selain daripada tugas lain yang belum diproses.

Pemberitahuan E-mel:

Menghantar pemberitahuan e-mel apabila proses yang anda pilih di bawah selesai. Anda boleh menggunakan ciri di bawah pada masa yang sama.

Penerima

Tetapkan destinasi pemberitahuan pelengkapan proses.

Beritahu apabila Terima telah selesai

Menghantar pemberitahuan apabila penerimaan faks selesai.

Beritahu apabila Cetak telah selesai

Menghantar pemberitahuan apabila cetakan faks selesai.

Beritahu apbla penyimpanan Peranti Memori

Menghantar pemberitahuan apabila penyimpanan faks kepada peranti memori selesai.

Beritahu apabila Majukan telah selesai

Menghantar pemberitahuan apabila pemajuan faks selesai.