> Menyelesaikan Masalah > Kualiti Mencetak, Menyalin, Mengimbas dan Faks Rendah > Masalah Imej Yang Diimbas > Tidak Dapat Mengimbas Kawasan yang Betul pada Kaca Pengimbas

Tidak Dapat Mengimbas Kawasan yang Betul pada Kaca Pengimbas

Dokumen asal tidak diletakkan dengan betul.

Penyelesaian

  • Pastikan dokumen asal diletakkan dengan betul pada tanda pensejajaran.

  • Jika tepi imej yang diimbas tiada, alihkan sedikit dokumen asal jauh dari tepi kaca pengimbas. Anda tidak boleh mengimbas kawasan sekitar 1.5 mm (0.06 inci) dari tepi kaca pengimbas.

Terdapat habuk atau kotoran pada kaca pengimbas atau lapik dokumen.

Penyelesaian

Apabila mengimbas daripada panel kawalan dan memilih fungsi memangkas kawasan imbasan secara automatik, buang sebarang kekotoran daripada kaca pengimbas dan lapik dokumen. Jika terdapat sebarang sisa atau habuk sekeliling dokumen asal, julat pengimbasan diluaskan untuk memasukkannya.