> Percetakan > Mencetak Dokumen > Mencetak daripada Komputer — Mac OS > Mencetak Dokumen yang Dikecilkan atau Dibesarkan pada mana-mana Pembesaran

Mencetak Dokumen yang Dikecilkan atau Dibesarkan pada mana-mana Pembesaran

Anda boleh mengurangkan atau membesarkan saiz dokumen dengan peratusan tertentu.

Perhatian:

Operasi berbeza bergantung kepada aplikasi. Lihat bantuan dalam aplikasi ini untuk maklumat lanjut.

  1. Lakukan satu daripada perkara berikut.

    • Pilih Cetak daripada menu Fail aplikasi. Klik Persediaan Halaman, dan kemudian pilih pencetak anda dalam Format Untuk. Pilih saiz data yang hendak dicetak daripada Saiz Kertas, masukkan peratusan dalam Skala, dan kemudian klik OK.
    • Pilih Persediaan Halaman daripada menu Fail aplikasi. Pilih pencetak anda dalam Format Untuk. Pilih saiz data yang hendak dicetak daripada Saiz Kertas, masukkan peratusan dalam Skala, dan kemudian klik OK. Pilih Cetak daripada menu Fail.
  2. Pilih pencetak anda dalam Pencetak.

  3. Tetapkan item lain yang perlu.

  4. Klik Cetak.