Penyelesaian
Apabila mencetak pada kertas biasa, nyahdayakan tetapan dwiarah.
Semasa cetakan dwiarah (atau kelajuan tinggi), kepala cetak mencetak sambil bergerak di kedua-dua arah dan garisan menegak mungkin tidak selari. Menyahdayakan tetapan ini boleh memperlahankan kelajuan cetakan tetapi meningkatkan kualiti cetakan.
Pilih Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Pencetak, kemudian nyahdayakan Dwiarah pada panel kawalan.