> Arahan Penting > Arahan Keselamatan > Arahan Keselamatan untuk Dakwat

Arahan Keselamatan untuk Dakwat

  • Berhati-hati supaya tidak menyentuh sebarang dakwat apabila anda mengendalikan tangki dakwat, penutup tangki dakwat, dan botol dakwat yang telah dibuka atau penutup botol dakwat.

    • Sekiranya dakwat terkena pada kulit anda, basuh kawasan tersebut sehingga bersih dengan sabun dan air.

    • Sekiranya dakwat masuk ke dalam mata anda, bilas segera dengan air. Sekiranya ketidakselesaan atau masalah penglihatan berterusan selepas membilas, sila berjumpa doktor dengan segera.

    • Sekiranya dakwat masuk ke dalam mulut anda, sila berjumpa doktor dengan segera.

  • Jangan buka kotak penyelenggaraan; jika tidak dakwat boleh masuk ke dalam mata atau terkena pada kulit anda.

  • Jangan goncang botol dakwat terlalu kuat atau mengenakan impak yang kuat kerana ini boleh menyebabkan dakwat bocor.

  • Simpan botol dakwat, unit tangki dakwat dan kotak penyelenggaraan dari capaian kanak-kanak.Jangan benarkan kanak-kanak untuk minum dari atau mengendalikan botol dakwat dan penutup botol dakwat.