Skrin LCD mungkin mengandungi beberapa kawasan kecil yang terang atau gelap dan disebabkan ciri-ciri tersebut mungkin ia mempunyai kecerahan yang tidak rata. Perkara ini adalah normal dan tidak menunjukkan berlakunya kerosakan dalam apa jua cara.
Gunakan kain yang lembut dan kering sahaja untuk melakukan pembersihan. Jangan gunakan pembersih cecair atau bahan kimia.
Kulit luar skrin sentuh boleh pecah jika terkena tekanan yang kuat. Hubungi pengedar anda jika permukaan panel sumbing atau retak dan jangan sentuh atau cuba membuang kepingan yang pecah.
Tekan skrin sentuh dengan perlahan-lahan menggunakan jari anda. Jangan tekan dengan kuat atau menggunakan kuku anda.
Jangan gunakan objek tajam seperti pen mata bola atau pensel untuk menjalankan operasi.
Kondensasi di dalam skrin sentuh disebabkan oleh perubahan mendadak dalam suhu atau kelembapan boleh menyebabkan prestasinya merosot.