Simpan/Majukan Bersyarat:

Anda boleh menemui menu pada panel kawalan pencetak di bawah.

Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Faks > Tetapan Terima > Tetapan Simpan/Majukan > Simpan/Majukan Bersyarat

Perhatian:

Pada skrin Web Config, anda boleh menemui menu di bawah.

Fax tab > Save/Forward Settings > Conditional Save/Forward

Anda boleh menetapkan destinasi penyimpanan dan/atau pemajuan pada Peti masuk, kotak sulit, peranti memori luaran, alamat e-mel, folder kongsi dan mesin faks lain.

Untuk menukar antara mendayakan atau menyahdayakan syarat, ketik di mana-mana sahaja pada item set kecuali untuk .

Nama:

Masukkan nama syarat.

Syarat-syarat:

Pilih syarat dan buat tetapan.

Nombor Faks pghntar adlah spdan

Apabila nombor faks pengirim sepadan, faks yang diterima akan disimpan dan dimajukan.

Padanan sesuai subalamat(SUB)

Apabila subalamat (SUB) benar-benar sepadan, faks yang diterima akan disimpan dan dimajukan.

Padanan sesuai kata laluan(SID)

Apabila kata laluan (SID) benar-benar sepadan, faks yang diterima akan disimpan dan dimajukan.

Masa Menerima

Menyimpan dan memajukan faks yang diterima pada tempoh masa yang tertentu.

Destinasi Simpan/Majukan:

Pilih destinasi untuk menyimpan dan memajukan dokumen yang diterima yang sepadan dengan syarat. Anda boleh menggunakan ciri di bawah pada masa yang sama.

Simpan ke Kotak Faks:

Menyimpan faks yang diterima dalam Peti masuk atau kotak sulit pencetak.

Anda boleh menyimpan sehingga 100 dokumen secara keseluruhan. Harap maklum bahawa menyimpan 100 dokumen mungkin tidak dapat dilakukan bergantung pada syarat penggunaan seperti saiz fail bagi dokumen yang disimpan dan menggunakan pelbagai ciri penyimpanan faks pada satu masa.

Simpan ke Peranti Memori:

Menyimpan faks yang diterima sebagai fail PDF pada peranti memori luaran yang disambungkan kepada pencetak.

Dokumen yang diterima disimpan dalam memori pencetak buat sementara waktu sebelum dokumen disimpan dalam peranti memori disambungkan kepada pencetak. Oleh sebab terdapat ralat memori penuh yang menyahdayakan penghantaran dan penerimaan faks, pastikan peranti memori bersambung kepada pencetak.

Majukan:

Memajukan faks yang diterima kepada mesin faks lain atau memajukannya sebagai fail PDF kepada folder dikongsi pada rangkaian atau kepada alamat e-mel. Faks yang dimajukan dipadamkan daripada pencetak. Pertama sekali, tambahkan destinasi pemajuan pada senarai kenalan. Untuk memajukan kepada alamat e-mel, anda juga perlu mengkonfigurasi tetapan pelayan e-mel.

  • Destinasi: Anda boleh memilih destinasi pemajuan daripada senarai kenalan yang anda telah tambahkan.

    Jika anda telah memilih folder dikongsi pada rangkaian atau alamat e-mel sebagai destinasi pemajuan, kami mengesyorkan anda menguji sama ada anda boleh menghantar imej yang diimbas ke destinasi dalam mod imbasan. Pilih Imbasan > E-mel atau Imbasan > Folder Rangkaian/FTP daripada skrin utama, pilih destinasi dan mulakan pengimbasan.

  • Pilihan Apabila Pemajuan Gagal: Anda boleh memilih sama ada hendak mencetak faks yang gagal atau menyimpannya pada Peti masuk.

Cetak:

Cetak faks yang diterima.

Pemberitahuan E-mel:

Menghantar pemberitahuan e-mel apabila proses yang anda pilih di bawah selesai. Anda boleh menggunakan ciri di bawah pada masa yang sama.

Penerima

Tetapkan destinasi pemberitahuan pelengkapan proses.

Beritahu apabila Terima telah selesai

Menghantar pemberitahuan apabila penerimaan faks selesai.

Beritahu apabila Cetak telah selesai

Menghantar pemberitahuan apabila cetakan faks selesai.

Beritahu apbla penyimpanan Peranti Memori

Menghantar pemberitahuan apabila penyimpanan faks kepada peranti memori selesai.

Beritahu apabila Majukan telah selesai

Menghantar pemberitahuan apabila pemajuan faks selesai.

Laporan Transmisi:

Mencetak laporan penghantaran secara automatik selepas anda menyimpan atau memajukan faks yang diterima.

Langkah memilih Ralat Cetak akan mencetak laporan hanya apabila anda menyimpan atau memajukan faks yang diterima dan berlaku ralat.