Pilih menu pada panel kawalan seperti yang diterangkan di bawah.
Tetapan > Tetapan Pencetak
Tetapan Pencetak
Tetapan Sumber Kertas
Persediaan Kertas
Pilih saiz kertas dan jenis kertas yang anda muatkan dalam sumber kertas. Anda boleh membuat Tetapan Kertas Kegemaran dalam saiz kertas dan jenis kertas.
Pprn Auto Persediaan Krts
Pilih Hdp untuk memaparkan skrin tetapan kertas secara automatik dengan merujuk Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Sumber Kertas > Persediaan Kertas semasa kertas dimuatkan dalam sumber kertas. Jika anda menyahdayakan ciri ini, anda tidak boleh mencetak daripada iPhone, iPad atau iPod touch menggunakan AirPrint.
Margin Kad ID PVC
Menetapkan margin untuk pencetakan Kad ID PVC.
Label cakera
Melaraskan kedudukan percetakan cakera dengan mengalihkan ke atas, bawah, kiri atau kanan hingga muat.
Label cakera Dalaman/Luaran
Melaraskan kedudukan pencetakan diameter dalam dan luar cakera. Anda boleh menentukan sehingga 120 mm untuk diameter luar, dan sekurang-kurangnya 18 mm untuk diameter dalam. Bergantung pada tetapan, cakera atau dulang cakera mungkin comot dengan dakwat. Tetapkan julat agar sesuai dengan kawasan boleh cetak cakera anda. Kawasan cetakan yang ditetapkan di sini ialah nilai lalai apabila mencetak foto dari peranti memori ke cakera.
Pelekat
Melaraskan kedudukan percetakan pelekat foto dengan mengalihkan ke atas, bawah, kiri atau kanan untuk memuatkan.
Kertas Tebal
Pilih Hidup untuk mengelakkan dakwat daripada tercalit pada cetakan anda, namun begitu, langkah ini boleh merendahkan kelajuan cetakan.
Mod Senyap
Pilih Hdp untuk mengurangkan bising semasa mencetak, namun begitu, ini boleh mengurang kelajuan cetakan. Bergantung pada jenis kertas dan tetapan kualiti cetakan yang anda pilih, mungkin tidak terdapat perbezaan dalam tahap bising pencetak.
Dwiarah
Pilih Hidup untuk menukar arah cetakan; Mencetak ketika kepala cetak bergerak ke kiri atau ke kanan. Jika garisan berbaris melintang atau menegak pada cetakan anda kelihatan kabur atau senget, menyahdayakan ciri ini mungkin menyelesaikan masalah tersebut; tetapi, berbuat demikian mungkin mengurangkan kelajuan cetakan.