Penyelesaian
Lakukan pemeriksaan muncung untuk memeriksa jika muncung kepala cetak tersumbat. Lakukan periksa muncung dan kemudian, bersihkan kepala cetak jika mana-mana muncung kepala cetak tersumbat. Jika anda tidak menggunakan pencetak untuk masa yang sangat lama, muncung kepala cetak mungkin telah tersumbat dan titisan dakwat mungkin tidak dikeluarkan.
Jika anda mencetak semasa paras dakwat terlalu rendah untuk dilihat dalam tetingkap tangki dakwat, isi semula tangki dakwat hingga ke garis atas, kemudian gunakan utiliti Simbah Dakwat Kuasa untuk menggantikan dakwat di dalam tiub dakwat. Selepas anda menggunakan utiliti, lakukan pemeriksaan muncung untuk melihat jika kualiti cetakan menjadi semakin baik.
Penyelesaian
Apabile menectak daripada pemacu pencetak Windows, tetapan pelarasan foto auto Epson digunakan secara lalai bergantung kepada jenis kertas. Cuba tukar tetapan.
Pada tab Lagi Pilihan, pilih Tersuai dalam Pembetulan Warna, kemudian klik Lanjutan. Tukar tetapan Pembetulan Latar daripada Automatik kepada sebarang pilihan lain. Jika langkah menukar tetapan tidak berkesan, gunakan sebarang kaedah pembetulan warna selain daripada Peningk.Foto dalam Pengurusan Warna.