Memaparkan foto pada peranti memori yang diisih menggunakan keadaan tertentu. Pilihan yang tersedia bergantung pada ciri yang sedang digunakan.
Batalkan Semak Imbas:
Membatalkan pengisihan foto dan memaparkan semua foto.
tt:
Pilih tahun bagi foto yang anda mahu paparkan.
tttt/bb:
Pilih tahun dan bulan bagi foto yang anda mahu paparkan.
tttt/bb/hh:
Pilih tahun, bulan dan tarikh bagi foto yang anda mahu paparkan.
Paparkan turutan
Mengubah susunan paparan foto dalam tertib menaik atau menurun.
Zum/Putar
Melaraskan kawasan pemangkasan. Anda boleh mengalihkan bingkai ke kawasan yang anda mahu salin menggunakan butang atau tukar saiz bingkai menggunakan butang pada sudut. Anda juga boleh memutarkan bingkai.
Penapis
Mencetak dalam sepia atau monokrom.
Tingkatkan
Pilih salah satu pilihan pelarasan imej. Auto, Orang, Landskap atau Pemandangn Mlm menghasilkan imej yang lebih tajam dan warna lebih yang terang dengan melaraskan kontras, penepuan dan kecerahan data imej asal secara automatik.
Auto:
Pencetak mengesan kandungan imej dan meningkatkan imej secara automatik mengikut kandungan yang dikesan.
Orang:
Disyorkan untuk imej orang.
Landskap:
Disyorkan untuk imej landskap atau pemandangan.
Pemandangn Mlm:
Disyorkan untuk imej pemandangan malam.
Pertingkatkn mati:
Mematikan ciri Tingkatkan.
Baiki Mata Merah
Membetulkan mata merah dalam foto. Pembetulan tidak dibuat pada fail asal, hanya pada cetakan. Bergantung pada jenis foto, bahagian imej selain daripada mata mungkin dibetulkan.
Kecerahan
Melaraskan kecerahan imej.
Ketajaman
Meningkatkan atau mengeluarkan daripada fokus garis bentuk.
Penepuan
Melaraskan kejelasan imej.
Kosongkan Edit.
Menetapkan semula tetapan pengeditan kepada lalai.
Bentangan
Pilih cara bentangan fail JPEG. Jika anda pilih Tanpa sempadan, anda perlu membersihkan dulang Cakera/Kad ID selepas mencetak kerana ia mungkin dicemari dengan dakwat.
Kualiti
Pilih kualiti untuk mencetak. Standard atau Ekonomi,
Standard:
Tetapan cetakan normal.
Ekonomi:
Jika hasil cetakan comot, cuba tukar kualiti cetakan kepada Ekonomi.
Ketumpatan
Tingkatkan tahap ketumpatan apabila hasil cetakan kabur. Mengurangkan tahap ketumpatan apabila dakwat comot.