> Menyelesaikan Masalah > Mesej Dipaparkan pada Skrin LCD

Mesej Dipaparkan pada Skrin LCD

Sekiranya mesej ralat dipaparkan pada skrin LCD, ikut arahan pada skrin atau penyelesaian di bawah untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Mesej Ralat

Penyelesaian

Gabungan alamat IP dan topeng subnet tidak sah. Lihat dokumentasi anda utk butiran lanjut.

Masukkan alamat IP yang betul atau get laluan lalai. Hubungi orang yang menyediakan rangkaian untuk mendapatkan bantuan.

Pelarasan dibatalkan. Terdapat masalah dengan muncung kepala cetakan. Untuk butiran, lihat dokumen.

Sekiranya kualiti cetakan tidak bertambah baik selepas berkali-kali memeriksa muncung dan membersihkan kepala sebanyak 3 kali, tunggu sekurang-kurangnya 12 jam tanpa mencetak dan kemudian, lakukan pemeriksaan muncung sekali lagi dan mengulangi pembersihan kepala jika perlu. Kami mengesyorkan supaya anda mematikan pencetak menggunakan butang . Sekiranya kualiti cetakan masih tidak bertambah baik, jalankan Pembersihan Dakwat.

Sekiranya kualiti cetakan tidak bertambah baik selepas menjalankan Pembersihan Dakwat, tunggu sekurang-kurangnya 12 jam tanpa mencetak dan kemudian, cetak corak pemeriksaan muncung sekali lagi. Jalankan Membersihkan kepala cetak atau Pembersihan Dakwat sekali lagi bergantung pada corak yang dicetak. Sekiranya kualiti masih tidak bertambah baik, hubungi sokongan Epson.

Akses berikut atau lihat dokumentasi untuk butiran. Pilih [Faham] selepas mengesahkannya.

Jika anda tidak boleh mengimbas kod QR, sambungkan dengan peranti pintar. Lihat yang berikut untuk mendapatkan butiran lanjut.

Membuat Tetapan untuk Menyambung ke Peranti Pintar

Ralat komunikasi. Periksa sama ada komputer bersambung.

Sambungkan komputer dan pencetak dengan betul. Jika anda menyambung melalui rangkaian, lihat halaman yang menerangkan kaedah sambungan rangkaian daripada komputer.

Sekiranya mesej ralat dipaparkan semasa mengimbas, pastikan Epson ScanSmart telah dipasang pada komputer.

Membuat Tetapan untuk Menyambung ke Komputer

Kemas kini sijil punca untuk menggunakan perkhidmatan awan.

Jalankan Web Config, kemudian kemas kini sijil akar.

Menjalankan Web Config pada Pelayar Web

Pasang perisian dalam komputer untuk menggunakan ciri ini. Lihat dokumen untuk butiran lanjut.

Pasang Epson ScanSmart pada komputer.

Memasang Aplikasi Secara Berasingan

Semak yang berikut apabila komputer tidak ditemui. - Sambungan antara pencetak dan komputer (USB atau rangkaian) - Pemasangan perisian diperlukan - Kuasa komputer - Tetapan untuk firewall dan banyak lagi - Cari lagi Lihat dokumen anda untuk butiran lanjut.

Pastikan komputer disambungkan dengan betul.

Menyemak Status Sambungan

Menyemak Status Sambungan

Pastikan Epson ScanSmart dipasang pada komputer.

Memasang Aplikasi Secara Berasingan

Pastikan ttpn port pencetak (seperti Alamat IP) atau pemacu pencetak betul melalui komp.

Pastikan port pencetak dipilih dengan betul dalam Ciri > Port dari menu Pencetak seperti berikut.

Pilih “USBXXX” untuk sambungan USB atau “EpsonNet Print Port” untuk Pastikan pemacu pencetak dipasang pada sambungan rangkaian.

Pastikan ttpn port atau pemacu pencetak betul melalui komputer. Lihat dokumentasi utk butiran.

Konfigurasi Kertas ditetapkan kepada Mati. Beberapa ciri mungkin tidak tersedia. Untuk butiran, lihat dokumentasi anda.

Sekiranya Konfigurasi Kertas dinyahdayakan, anda tidak boleh menggunakan AirPrint.

Tidak dapat menggunakan Peranti Memori yang dimasukkan. Lihat dok untuk butiran.

Gunakan peranti memori yang disokong oleh produk.

Spesifikasi Peranti Memori

Cetakan dibatalkan kerana kertas panjang dikeluarkan semasa sedang mencetak.Tetapkan panjang kertas lebih pendek daripada 1300 mm.Lihat dokumentasi anda untuk butiran.

Pencetakan mengambil masa yang lama kerana suhu tinggi dan kertas panjang mungkin ditolak keluar semasa sedang dicetak.

  • Tetapkan panjang kertas supaya lebih pendek daripada 1.3 m.

  • Cetak pada suhu lebih rendah daripada 32°C.

Cetakan dibatalkan kerana kertas panjang dikeluarkan semasa sedang mencetak.Tetapkan Kualiti kepada Standard.Lihat dokumentasi anda untuk butiran.

Pencetakan mengambil masa yang lama kerana volum data cetak yang besar dan kertas panjang mungkin ditolak keluar semasa sedang dicetak.

Tetapkan Kualiti kepada Standard.

Pad dakwat pencetakan tanpa sempadan pct sudah meraih phj hayat pkhmtnnya. Ini bukan bahagian yang boleh digantikan oleh pengguna. Sila hubungi sokongan Epson.

Hubungi Epson atau pembekal perkhidmatan Epson yang disahkan untuk menggantikan pad dakwat cetakan tanpa sempadan*. Ia adalah bahagian yang tidak boleh diselenggara pengguna.

Pencetakan tanpa sempadan tidak tersedia tetapi pencetakan dengan sempadan tersedia.

Menghubungi Sokongan Epson

Pad dakwat pencetakan tanpa sempadan pencetak hampir tamat hayat pkhmtnnya. Ini bukan bahagian yang boleh digantikan oleh pengguna. Sila hubungi sokongan Epson.

Hubungi Epson atau pembekal perkhidmatan Epson yang disahkan untuk menggantikan pad dakwat cetakan tanpa sempadan*. Ia adalah bahagian yang tidak boleh diselenggara pengguna.

Ketik OK untuk menyambung semula cetakan.

Menghubungi Sokongan Epson

Ralat Pencetak

Matikan kuasa dan hidupkan sekali lagi. Jika masalah berterusan, tekan "Teruskan".

Lakukan yang berikut.

1. Buka unit pengimbas dan keluarkan sebarang kertas atau bahan perlindungan di dalam pencetak. Bersihkan filem lut sinar jika kotor.

Mengeluarkan Kertas Yang Tersekat

Membersihkan Filem Lut Sinar

2. Tutup unit pengimbas serta matikan kuasa dan hidupkan semula.

Sekiranya mesej ralat masih dipaparkan selepas mematikan dan menghidupkan semula kuasa, hubungi sokongan Epson.

Menghubungi Sokongan Epson

Ralat berlaku semasa menyimpan. Semak dan jika perlu, tukar peranti memori.

Peranti storan luaran seperti kad memori mungkin rosak. Semak sama ada peranti tersedia.

Spesifikasi Peranti Memori

Tidak dpt mengenal pasti media. Lihat dokumentasi anda utk dapatkn butiran tentang media

Gunakan peranti memori yang disokong oleh produk.

Spesifikasi Peranti Memori

Sudahkah anda memuatkan kertas berikut dalam XX?

Tukar tetapan cetak atau isi kertas yang sepadan dengan tetapan cetak dalam kaset kertas dan tukar tetapan kertas.

Jika anda tidak mahu memaparkan mesej ini pada masa akan datang, pilih Tetapan > Fungsi Panduan, kemudian tetapkan Kertas Tidak Sepadan kepada Mati.

Recovery Mode

Update Firmware

Pencetak telah dimulakan dalam mod pemulihan kerana kemas kini perisian tegar telah gagal. Ikut langkah di bawah untuk cuba mengemas kini perisian tegar sekali lagi.

1. Sambungkan komputer dan pencetak dengan kabel USB. (Dalam mod pemulihan, anda tidak boleh mengemas kini perisian tegar melalui sambungan rangkaian.)

2. Layari laman web Epson tempatan anda untuk mendapatkan arahan lanjut.

* Dalam beberapa kitaran cetakan sejumlah lebihan dakwat yang sangat kecil dikumpulkan di dalam pad dakwat cetakan tanpa sempadan. Untuk mengelakkan kebocoran dakwat daripada pad, produk ini direka untuk berhenti mencetak tanpa sempadan apabila pad telah mencapai hadnya. Sama ada dan berapa kerap ini diperlukan akan berbeza mengikut jumlah halaman anda mencetak menggunakan pilihan cetakan tanpa sempadan. Keperluan untuk penggantian pad tidak bermakna bahawa pencetak anda telah berhenti beroperasi mengikut spesifikasi. Pencetak akan menasihati anda bila pad perlu diganti dan ini hanya boleh dilakukan oleh seseorang yang disahkan oleh pembekal Perkhidmatan Epson. Jaminan Epson tidak meliputi kos penggantian ini.