Pilihan Menu untuk Mencetak daripada Panel Kawalan
Pilihan Menu untuk Mencetak daripada Panel Kawalan
Pilihan Menu untuk Memilih Foto
Semak Imbas
Memaparkan foto pada peranti memori yang diisih menggunakan keadaan tertentu. Pilihan yang tersedia bergantung pada ciri yang sedang digunakan.
Batalkan Semak Imbas:
Membatalkan pengisihan foto dan memaparkan semua foto.
tt:
Pilih tahun bagi foto yang anda mahu paparkan.
tttt/bb:
Pilih tahun dan bulan bagi foto yang anda mahu paparkan.
tttt/bb/hh:
Pilih tahun, bulan dan tarikh bagi foto yang anda mahu paparkan.
Paparkan turutan
Mengubah susunan paparan foto dalam tertib menaik atau menurun.
Pilih semua foto
Memilih semua foto dan menetapkan bilangan cetakan.
Nyahpilih semua foto
Mengembalikan bilangan cetakan semua foto kepada 0 (sifar).
Pilih peranti memori
Pilih peranti yang anda mahu muatkan foto daripadanya.
Pilihan Menu bagi Tetapan Kertas dan Cetak
Tetapan Kertas
Pilih sumber kertas yang anda mahu gunakan. Pilih untuk memilih saiz dan jenis kertas.
Tetapan Jidar
Tanpa sempadan:
Mencetak tanpa margin di bahagian tepi. Membesarkan data cetakan lebih sedikit daripada saiz kertas supaya tidak ada margin dicetak di tepi kertas.
Dgn Sempadan:
Mencetak dengan margin putih di bahagian tepi.
Pengembangan
Dengan cetakan tanpa sempadan, imej dibesarkan sedikit untuk mengalih keluar sempadan daripada tepi kertas. Pilih tahap pembesaran imej.
Muatkan Bingkai
Jika nisbah bidang data imej dan saiz kertas berbeza, imej secara automatik dibesarkan atau dikecilkan supaya sisi pendek sepadan dengan sisi pendek kertas. Sisi panjang imej dipotong jika melebihi sisi panjang kertas. Ciri ini mungkin tidak berfungsi untuk foto panorama.
Kualiti
Pilih kualiti cetakan. Memilih Tinggi memberikan cetakan berkualiti tinggi, tetapi kelajuan cetakan mungkin lebih perlahan. Jika anda ingin mencetak pada kertas biasa menggunakan kualiti yang lebih tinggi, pilih Terbaik. Harap maklum bahawa kelajuan cetakan akan berkurangan dengan ketara. Jika anda ingin mencetak pada Epson Ultra Glossy Photo Paper menggunakan kualiti yang lebih tinggi, pilih Terbaik (Ultra Glos). Harap maklum bahawa kelajuan cetakan akan berkurangan dengan ketara.
Tarikh
Pilih format yang digunakan untuk mencetak tarikh pada foto untuk foto yang merangkumi tarikh foto diambil atau tarikh foto disimpan. Tarikh tidak dicetak untuk sesetengah bentangan.
Maklumat Cetakan Pada Foto
Mati:
Mencetak tanpa sebarang maklumat.
Tetapan Kamera:
Mencetak dengan beberapa maklumat Exif seperti kelajuan pengatup, nisbah f atau kepekaan ISO. Maklumat yang tidak direkodkan tidak dicetak.
Teks Kamera:
Mencetak teks yang ditetapkan pada kamera digital. Untuk mendapatkan maklumat tetapan teks, lihat dokumentasi yang disertakan dengan kamera anda. Maklumat hanya boleh dicetak dalam cetakan tanpa sempadan pada 10×15 cm, 13×18 cm atau 16:9 saiz lebar.
Mercu Tanda:
Mencetak nama tempat atau tanda tempat foto telah diambil untuk kamera digital yang mempunyai ciri tanda tempat. Lihat tapak web pengeluar kamera anda untuk mendapatkan butiran lanjut. Maklumat hanya boleh dicetak dalam cetakan tanpa sempadan pada 10×15 cm, 13×18 cm atau 16:9 saiz lebar.
Kosongkan Semua Tetapan
Menetapkan semula tetapan kertas dan cetak kepada lalai.
Ketumpatan CD
Untuk pencetakan CD/DVD. Tetapkan kepadatan untuk digunakan apabila mencetak pada CD/DVD.
Ketumpatan
Untuk pencetakan buku mewarna. Pilih tahap kepadatan untuk garis bentuk pada helaian mewarna.
Pengesanan Garisan
Untuk pencetakan buku mewarna. Pilih kepekaan yang digunakan untuk mengesan garis bentuk dalam foto.
Pilihan Menu untuk Mengedit Foto
Zum/Putar
Melaraskan kawasan pemangkasan. Anda boleh mengalihkan bingkai ke kawasan yang anda mahu pangkas atau mengubah saiz bingkai dengan meluncurkan di sudut. Anda juga boleh memutarkan bingkai.
Penapis
Mencetak dalam sepia atau monokrom.
Tingkatkan
Pilih salah satu pilihan pelarasan imej. Auto, Orang, Landskap atau Pemandangn Mlm menghasilkan imej yang lebih tajam dan warna lebih yang terang dengan melaraskan kontras, penepuan dan kecerahan data imej asal secara automatik.
Auto:
Pencetak mengesan kandungan imej dan meningkatkan imej secara automatik mengikut kandungan yang dikesan.
Orang:
Disyorkan untuk imej orang.
Landskap:
Disyorkan untuk imej landskap atau pemandangan.
Pemandangn Mlm:
Disyorkan untuk imej pemandangan malam.
Pertingkatkn mati:
Mematikan ciri Tingkatkan.
Baiki Mata Merah
Membetulkan mata merah dalam foto. Pembetulan tidak dibuat pada fail asal, hanya pada cetakan. Bergantung pada jenis foto, bahagian imej selain daripada mata mungkin dibetulkan.
Kecerahan
Melaraskan kecerahan imej.
Kontras
Melaraskan perbezaan antara kecerahan dan kegelapan.
Ketajaman
Meningkatkan atau mengeluarkan daripada fokus garis bentuk.