Pilih menu pada panel kawalan seperti yang diterangkan di bawah.
Tetapan > Tetapan Pencetak
Tetapan Pencetak
Tetapan Sumber Kertas
Persediaan Kertas
Pilih saiz kertas dan jenis kertas yang anda muatkan dalam sumber kertas. Anda boleh membuat Tetapan Kertas Kegemaran dalam saiz kertas dan jenis kertas.
Konfigurasi Kertas
Pilih Hdp untuk memaparkan skrin tetapan kertas secara automatik dengan merujuk Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Sumber Kertas > Persediaan Kertas semasa kertas dimuatkan dalam sumber kertas. Jika anda menyahdayakan ciri ini, anda tidak boleh mencetak daripada iPhone, iPad atau iPod touch menggunakan AirPrint.
CD/DVD
Melaraskan kedudukan percetakan CD/DVD dengan mengalihkan ke atas, bawah, kiri atau kanan untuk memuatkan.
CD Dalaman/Luaran
Melaraskan kedudukan percetakan diameter dalaman dan luaran CD/DVD. Sehingga 120 mm untuk diameter luaran dan minimum 18 mm untuk diameter dalaman boleh ditetapkan. Bergantung kepada tetapan, CD/DVD atau dulang CD/DVD boleh kotor. Tetapkan julat untuk memuatkan kawasan boleh cetak CD/DVD anda. Kawasan cetakan yang ditetapkan di sini ialah nilai permulaan apabila mencetak foto daripada kad memori pada CD/DVD.
Pelekat
Melaraskan kedudukan percetakan pelekat foto dengan mengalihkan ke atas, bawah, kiri atau kanan untuk memuatkan.
Kertas Tebal
Pilih Hidup untuk mengelakkan dakwat daripada tercalit pada cetakan anda, namun begitu, langkah ini boleh merendahkan kelajuan cetakan.
Mod Senyap
Pilih Hdp untuk mengurangkan bising semasa mencetak, namun begitu, ini boleh mengurang kelajuan cetakan. Bergantung pada jenis kertas dan tetapan kualiti cetakan yang anda pilih, mungkin tidak terdapat perbezaan dalam tahap bising pencetak.
Masa Kering Dakwat
Pilih masa pengeringan dakwat yang ingin digunakan semasa melakukan cetakan 2 muka. Pencetak mencetak bahagian lain selepas mencetak pada satu bahagian. Jika cetakan anda comot, tingkatkan tetapan masa.
Dwiarah
Pilih Hidup untuk menukar arah cetakan; Mencetak ketika kepala cetak bergerak ke kiri atau ke kanan. Jika garisan berbaris melintang atau menegak pada cetakan anda kelihatan kabur atau senget, menyahdayakan ciri ini mungkin menyelesaikan masalah tersebut; tetapi, berbuat demikian mungkin mengurangkan kelajuan cetakan.