> Percetakan > Mencetak Pelbagai Item > Mencetak Buku Mewarna Menggunakan Foto

Mencetak Buku Mewarna Menggunakan Foto

Anda boleh mencetak gambar dengan mengekstrak hanya garis bentuk foto atau ilustrasi. Ini membolehkan anda mencipta buku mewarna yang unik.

Perhatian:

Anda memerlukan keizinan daripada pemegang hak cipta apabila menggunakan dokumen asal yang dilindungi hak cipta bagi mencipta buku mewarna melainkan ia digunakan untuk kegunaan peribadi (di rumah atau kawalan terhad yang lain).

  1. Muatkan kertas dalam pencetak.

    Memuatkan Kertas

  2. Jika anda mahu menggunakan foto pada peranti memori, sisipkan peranti ke dalam slot kad SD atau port USB antara muka luaran pencetak.

    Memasukkan dan Mengeluarkan Kad Memori

    Memasukkan dan Mengeluarkan Peranti USB Luaran

  3. Pilih Pelbagai cetakan pada panel kawalan.

  4. Pilih Buku Mewarna.

  5. Lakukan satu daripada perkara berikut.

    • Apabila anda memilih Imbas dokumen asal: buat tetapan cetak dan kemudian, letakkan dokumen asal pada kaca pengimbas. Ketik .
    • Apabila ana memilih Pilih daripada kad memori: apabila mesej yang memberitahu anda bahawa pengisian foto telah selesai dipaparkan, pilih OK. Pilih foto yang anda mahu cetak dan pilih Seterusnya. Buat tetapan pada tab Tetapan Asas, pilih tab Tetapan Lanjutan dan tukar tetapan jika perlu. Pilih tab Tetapan Asas dan kemudian, ketik .