> Penjagaan Pencetak > Meningkatkan Kualiti Cetakan, Salinan dan Imbasan > Membersihkan Laluan Kertas untuk Kotoran Dakwat (apabila Bahagian Belakang Hasil Cetakan Kotor)

Membersihkan Laluan Kertas untuk Kotoran Dakwat (apabila Bahagian Belakang Hasil Cetakan Kotor)

  1. Matikan pencetak dengan menekan butang .

  2. Tutup penutup dokumen jika dibuka.

  3. Buka unit pengimbas menggunakan kedua-dua tangan sehingga terkunci.

  4. Gunakan kapas untuk mengelap dakwat dari bahagian-bahagian di dalam pencetak yang ditunjukkan dalam gambar berikut.

    Penting:
    • Jangan gunakan kertas tisu untuk membersihkan bahagian dalam pencetak. Muncung kepala cetak mungkin tersumbat dengan lin.

    • Jangan sentuh bahagian yang ditunjukkan dalam gambar berikut. Berbuat demikian boleh menyebabkan kerosakan.

  5. Tutup unit pengimbas.

    Perhatian:

    Unit pengimbas direka untuk menutup secara perlahan dan terdapat sedikit rintangan sebagai langkah berjaga-jaga terhadap jari tersepit. Teruskan menutup walaupun anda merasakan sedikit rintangan.