> Menyelesaikan Masalah > Tidak Boleh Menyelesaikan Masalah > Tidak Dapat Menyelesaikan Masalah Mencetak

Tidak Dapat Menyelesaikan Masalah Mencetak

Cuba penyelesaian masalah berikut mengikut susunan dari atas sehingga anda dapat menyelesaikan masalah itu.

  • Pastikan anda memadankan jenis kertas yang diisi dalam pencetak dengan tetapan jenis kertas dalam pemacu pencetak.

  • Gunakan tetapan kualiti lebih tinggi pada pemacu pencetak.

  • Untuk memeriksa baki dakwat sebenar, lihat paras dakwat dalam tangki pencetak. Isi semula tangki dakwat jika paras dakwat di bawah garisan bawah.

  • Jajarkan kepala cetakan.

    Menjajarkan Kepala Cetakan

  • Jalankan pemeriksaan muncung untuk memeriksa jika muncung kepala cetak tersumbat.

    Jika ada bahagian yang hilang dalam corak pemeriksaan muncung, muncung mungkin tersumbat. Ulangi pembersihan kepala dan pemeriksaan muncung secara berselang seli 3 kali atau jalankan Pembersihan Kuasa sekali, dan periksa jika muncung telah dibersihkan.

    Harap maklum bahawa pembersihan kepala cetak menggunakan dakwat.

    Memeriksa dan Membersihkan Kepala Cetak

  • Matikan pencetak, tunggu sekurang-kurangnya 12 jam dan kemudian, periksa sama ada muncung telah dibersihkan.

    Sekiranya masalahnya adalah tersumbat, biarkan pencetak seketika tanpa mencetak boleh menyelesaikan masalah tersebut.

    Anda boleh menyemak item berikut semasa pencetak dimatikan.

  • Pastikan anda menggunakan botol dakwat Epson yang tulen.

    Cuba gunakan botol dakwat tulen Epson.Penggunaan botol dakwat bukan tulen boleh menyebabkan kualiti cetakan merosot.

  • Pastikan tiada sisa serpihan kertas tertinggal di dalam pencetak.

    Apabila anda mengeluarkan kertas, jangan sentuh filem lut sinar dengan tangan anda atau kertas.

  • Periksa kertas.

    Periksa sama ada kertas bergulung atau diisi dengan bahagian yang boleh dicetak menghadap ke atas.

    Langkah Berjaga-jaga Mengendalikan Kertas

    Kertas Tersedia dan Kapasiti

    Jenis Kertas Yang Tidak Tersedia

  • Sekiranya anda mematikan pencetak, tunggu sekurang-kurangnya 12 jam dan jika kualiti cetakan masih tidak berubah, jalankan Simbah Dakwat Kuasa.

    Menjalankan Simbah Dakwat Kuasa

  • Semasa cetakan dwiarah (atau kelajuan tinggi), kepala cetak mencetak sambil bergerak di kedua-dua arah dan garisan menegak mungkin tidak selari. Jika kualiti cetakan tidak meningkat, lumpuhkan tetapan dwiarah (atau kelajuan tinggi). Melumpuhkan tetapan ini mungkin memperlahankan kelajuan cetakan.

    • Windows

      Kosongkan Cetakan dua arah pada tab Lagi Pilihan pemacu pencetak.

    • Mac OS

      Pilih Pillihan Sistem daripada menu Apple > Pencetak & Pengimbas (atau Cetak & Imbas, Cetak & Faks) dan kemudian, pilih pencetak. Klik Pilihan & Bekalan > Pilihan (atau Pemacu). Pilih Mati sebagai tetapan Cetakan dua arah.

Jika anda tidak dapat menyelesaikan masalah dengan memeriksa penyelesaian di atas, anda mungkin perlu meminta pembaikan. Hubungi sokongan Epson.