Menjalankan Pembersihan Kuasa (Mac OS)

  1. Pilih Keutamaan Sistem daripada menu Apple > Pencetak & Pengimbas (atau Cetak & Imbas, Cetak & Faks) dan kemudian, pilih pencetak.

  2. Klik Pilihan & Perlengkapan > Utiliti > Buka Utiliti Pencetak.

  3. Klik > Pembersihan Kepala Cetak > Pembersihan Kuasa.

  4. Ikut arahan pada skrin.

Penting:

Sekiranya kualiti cetakan tidak bertambah baik selepas menjalankan Pembersihan Kuasa, tunggu sekurang-kurangnya 12 jam tanpa mencetak dan kemudian, cetak corak pemeriksaan muncung sekali lagi. Kami mengesyorkan supaya anda mematikan pencetak menggunakan butang . Sekiranya kualiti cetakan masih tidak bertambah baik, jalankan Simbah Dakwat Kuasa.