Pentadbiran Sistem

Dengan menggunakan menu ini, anda boleh mengekalkan produk sebagai pentadbir sistem. Ia juga membenarkan anda mengehadkan ciri produk untuk pengguna individu supaya sepadan dengan gaya kerja atau pejabat anda.

Pilih menu pada panel kawalan seperti yang diterangkan di bawah.

Tetapan > Tetapan Pencetak > Pentadbiran Sistem

Pengurus Kenalan:

Anda boleh membuat tetapan berikut untuk kenalan.

Daftar/Padam:

Daftar dan/atau padam kenalan untuk menu Imbas ke E-mel dan Imbas ke Folder Rangkaian/FTP.

Pilihan Carian:

Tukar kaedah untuk mencari kenalan.

Kosongkan Data Memori Dalaman:

Padam data memori dalaman pencetak, seperti tugas dengan kata laluan.

Tetapan Keselamatan:

Anda boleh membuat tetapan keselamatan berikut.

Sekatan:

Benarkan untuk mengubah tetapan item berikut semasa kunci panel didayakan.

  • Akses kepada Daftar/Padamkan Kenalan

  • Akses ke Cetak Sejarah Simpan Imbas ke Folder Rangkaian/FTP

  • Akses kepada Terkini Imbas ke E-mel

  • Akses kepada Tunjuk Sejarah Hantar Imbas ke E-mel

  • Akses kepada Cetak Sejarah Hantar Imbas ke E-mel

  • Akses kepada Bahasa

  • Akses kepada Kertas Tebal

  • Akses kepada Mod Senyap

  • Perlindungan Data Peribadi

Kawalan Akses:

Pilih Hdp untuk mengehadkan ciri produk. Ini memerlukan pengguna melog masuk ke panel kawalan produk dengan nama pengguna dan kata laluan mereka sebelum mereka boleh menggunakan ciri panel kawalan. Dalam Trima Tgs Pguna Yg Tdk Diketahui, anda boleh memilih sama ada mahu membenarkan tugasan yang tidak mempunyai maklumat pengesahan yang diperlukan atau tidak.

Tetapan Pentadbir:
  • Kata Laluan Pentadbir

    Tetapkan, ubah dan kosongkan kata laluan pentadbir.

  • Tetapan Kunci

    Pilih sama ada mahu mengunci panel kawalan menggunakan kata laluan yang didaftarkan dalam Kata Laluan Pentadbir atau tidak.

Penyulitan Kata Laluan:

Pilih Hdp untuk menyulitkan kata laluan anda. Jika anda mematikan kuasa semasa mula semula sedang berjalan, data mungkin rosak dan tetapan pencetak dipulihkan kepada lalai. Dalam hal ini, tetapkan maklumat kata laluan sekali lagi.

Penyelidikan Pelanggan:

Pilih Luluskan untuk memberikan maklumat penggunaan produk seperti bilangan cetakan kepada Seiko Epson Corporation.

Pulihkan Tetapan Lalai:

Tetapkan semula tetapan dalam menu berikut kepada tetapan lalainya.

  • Tetapan Rangkaian

  • Tetapan Salin

  • Tetapan Imbasan

  • Kosongkan Semua Data dan Tetapan

Kemas Kini Perisian Tegar:

Anda boleh mendapatkan maklumat perisian tegar seperti versi semasa anda dan maklumat tentang kemas kini yang tersedia.

Kemas kini:

Semak jika versi terkini perisian tegar telah dimuat naik ke pelayan rangkaian. Jika kemas kini tersedia, anda boleh memilih sama ada hendak memulakan kemas kini atau tidak.

Pemberitahuan:

Pilih Hdp untuk menerima pemberitahuan jika kemas kini perisian tegar tersedia.