Pilih menu pada panel kawalan seperti yang diterangkan di bawah.
Tetapan > Persediaan Pencetak
Persediaan Pencetak
Tetapan Punca Kertas
Tetapan Kertas
Pilih saiz kertas dan jenis kertas yang anda muatkan dalam sumber kertas.
Auto Tukar A4/Surat
Pilih Hidup untuk menyuapkan kertas daripada sumber kertas yang ditetapkan sebagai saiz A4 apabila tiada sumber kertas ditetapkan sebagai Surat atau suapan daripada sumber kertas yang ditetapkan sebagai saiz Surat apabila tiada sumber kertas yang ditetapkan sebagai A4.
Notis Ralat
Notis Saiz Kertas
Pilih Hidup untuk memaparkan mesej ralat apabila saiz kertas yang dipilih tidak sepadan dengan kertas yang dimuatkan.
Notis Jenis Kertas
Pilih Hidup untuk memaparkan mesej ralat apabila jenis kertas yang dipilih tidak sepadan dengan kertas yang dimuatkan.
Pprn Auto Prsd Krts
Pilih Hidup untuk memaparkan skrin Tetapan Kertas semasa memuatkan kertas dalam sumber kertas. Jika anda menyahdayakan ciri ini, anda tidak boleh mencetak daripada iPhone, iPad atau iPod touch menggunakan AirPrint.
Mod Senyap
Pilih Hidup untuk mengurangkan bising semasa mencetak, namun begitu, ini boleh mengurang kelajuan cetakan. Bergantung pada jenis kertas dan tetapan kualiti cetakan yang anda pilih, mungkin tidak terdapat perbezaan dalam tahap bising pencetak. Pilih Hidup untuk mengutamakan pengurangan hingar operasi. Untuk mengutamakan kelajuan cetakan, pilih Hidup (Paras rendah).
Auto Hidupkan Kuasa
Pilih Auto Hidupkan Kuasa untuk menghidupkan pencetak secara automatik apabila ia menerima tugas cetakan atau imbasan melalui sambungan USB atau sambungan rangkaian. Pastikan dulang output diluncur keluar untuk menghalang cetakan daripada terjatuh.
Mendayakan Auto Hidupkan Kuasa juga akan meningkatkan sedikit penggunaan kuasa dalam status tunggu sedia apabila dibandingkan dengan mematikan pencetak sepenuhnya. Ia juga mengambil masa yang lebih lama untuk mematikan kuasa. Biarkan kord kuasa dipalam masuk semasa menggunakan ciri ini. Jika anda mencabut palam kord kuasa, pastikan lampu kuasa dimatikan.
Gunakan tetapan Pemasa Matikan Kuasa jika anda mahu pencetak dimatikan secara automatik apabila tugas cetak atau imbasan diselesaikan dan tempoh masa yang ditetapkan telah berlalu tanpa melakukan operasi. Ini berguna apabila mencetak daripada lokasi jauh seperti melalui Internet.
Tetapan Mati Kuasa
Produk anda mungkin mempunyai ciri ini atau ciri Pemasa Matikan Kuasa bergantung pada lokasi pembelian.
Matikan Kuasa Jika Tidak Aktif
Pilih tetapan ini untuk mematikan pencetak secara automatik jika tidak digunakan untuk tempoh masa tertentu. Sebarang kenaikan akan memberi kesan kepada kecekapan tenaga produk. Sila pertimbangkan persekitaran sebelum membuat apa-apa perubahan.
Matikn Kuasa Jika Dinyahsambungkan
Pilih tetapan ini untuk mematikan pencetak selepas tempoh masa tertentu apabila semua port termasuk port USB diputuskan sambungan. Ciri ini mungkin tidak tersedia bergantung pada rantau anda.
Lihat laman web berikut untuk tempoh masa tertentu.
Produk anda mungkin mempunyai ciri ini atau ciri Tetapan Mati Kuasa bergantung pada lokasi pembelian.
Pilih tetapan ini untuk mematikan pencetak secara automatik apabila tidak digunakan untuk tempoh masa tertentu. Anda boleh melaraskan masa sebelum pengurusan kuasa dikenakan. Sebarang kenaikan akan memberi kesan kepada kecekapan tenaga produk. Sila pertimbangkan persekitaran sebelum membuat apa-apa perubahan.
Bahasa/Language
Pilih bahasa yang digunakan pada skrin LCD.
Ppn kknci
Tukar bentangan papan kekunci pada skrin LCD.
Pemasa Tidur
Laraskan tempoh masa untuk masuk ke mod tidur (mod penjimatan tenaga) apabila pencetak tidak melakukan sebarang operasi. Skrin LCD menjadi gelap apabila masa yang ditetapkan berlalu.
Sambungan PC melalui USB
Pilih Aktifkan untuk membolehkan komputer mengakses pencetak semasa disambungkan melalui USB. Apabila Lumpuhkan dipilih, cetakan dan imbasan yang tidak dihantar melalui sambungan rangkaian akan disekat.