Kod dipaparkan pada skrin LCD jika terdapat ralat atau maklumat yang memerlukan perhatian anda. Jika kod dipaparkan, ikut penyelesaian di bawah untuk menyelesaikan masalah itu.
|
Kod |
Situasi |
Penyelesaian |
|---|---|---|
|
E-01 |
Ralat pencetak telah berlaku. |
Buka penutup bahagian dalam dan unit pengimbas, kemudian keluarkan sebarang kertas atau bahan perlindungan di dalam pencetak. Matikan kuasa dan hidupkan semula. |
|
E-02 |
Ralat pengimbas telah berlaku. |
Matikan kuasa dan hidupkan semula. |
|
E-13 |
Pad Dakwat telah mencapai akhir hayat perkhidmatannya. Sila hubungi Sokongan Epson. |
Pad dakwat* perlu digantikan. Hubungi Epson atau pembekal perkhidmatan Epson yang berdaftar untuk menggantikan pad dakwat. Ia adalah bahagian yang tidak boleh diselenggara pengguna. Jika pad dakwat telah mencapai akhir hayat perkhidmatannya, anda tidak lagi boleh melakukan pembersihan. Cetakan boleh dilakukan tetapi kualiti cetakan tidak boleh dijamin. |
|
W-01 |
Kertas tersekat berlaku. |
Keluarkan kertas daripada pencetak dan tekan butang yang dipaparkan di bahagian bawah skrin LCD untuk mengosongkan ralat tersebut. Dalam sesetengah keadaan, anda perlu mematikan dan menghidupkan kuasa semula. |
|
W-15 |
Pad Dakwat semakin hampir dengan akhir hayat perkhidmatannya. Sila hubungi Sokongan Epson. |
Hubungi Epson atau pembekal perkhidmatan Epson yang berdaftar untuk menggantikan pad dakwat. Ia adalah bahagian yang tidak boleh diselenggara pengguna. Semak mesej yang dipaparkan pada komputer dan kemudian, tekan butang yang dipaparkan di bahagian bawah skrin LCD untuk mengosongkan ralat tersebut. Jika pad dakwat telah mencapai akhir hayat perkhidmatannya, anda tidak lagi boleh melakukan pembersihan. Cetakan boleh dilakukan tetapi kualiti cetakan tidak boleh dijamin. |
|
I-22 |
Tetapkan Wi-Fi daripada Butang Tolak (WPS). |
Tekan butang titik akses. Jika tiada butang pada titik akses, buka tetingkap tetapan titik akses dan klik butang yang dipaparkan dalam perisian. |
|
I-23 |
Tetapkan Wi-Fi daripada Kod PIN (WPS). |
Masukkan kod PIN yang dipaparkan pada skrin LCD ke dalam titik akses atau komputer dalam masa dua minit. |
|
I-31 |
Tetapkan Wi-Fi daripada Auto Sambung Wi-Fi. |
Pasang perisian pada komputer anda dan tekan butang OK semasa penyediaan Wi-Fi bermula. |
|
I-41 |
Pprn Auto Prsd Krts dinyahdayakan. Sesetengah fungsi tidak dapat digunakan. |
Sekiranya Pprn Auto Prsd Krts dinyahdayakan, anda tidak boleh menggunakan AirPrint. |
|
I-60 |
Komputer anda mungkin tidak menyokong WSD (Perkhidmatan Web untuk Peranti). |
Ciri imbas ke komputer (WSD) hanya tersedia untuk komputer yang menjalankan versi bahasa Inggeris Windows 10, Windows 8.1, Windows 8, Windows 7 atau Windows Vista. Pastikan bahawa pencetak disambung dengan betul ke komputer. |
|
I-71 |
Pencetak sedang menunggu dokumen asal diletakkan di atas kaca pengimbas. |
Letakkan dokumen asal (kad ID) di atas kaca pengimbas dengan bahagian hadapan menghadap ke bawah dan kemudian, tutup penutup dokumen. Tekan butang Letakkan dokumen asal (kad ID) di atas kaca pengimbas dengan bahagian belakang menghadap ke bawah dan kemudian, tutup penutup dokumen. Tekan butang |
|
- |
Matikn kuasa & hidupkn lg. Jika masih sma, hubungi Sokongan Epson. |
Cuba penyelesaian berikut. 1. Matikan pencetak dan hidupkannya semula. 2. Jika anda menggunakan sambungan Wi-Fi, matikan penghala wayarles dan hidupkannya semula. Jika mesej ralat masih dipaparkan, buat nota kod ralat dan kemudian, hubungi sokongan Epson. |
|
Recovery Mode |
Pencetak telah dimulakan dalam mod pemulihan kerana kemas kini perisian tegar telah gagal. |
Ikut langkah di bawah untuk cuba mengemas kini perisian tegar sekali lagi. 1. Sambungkan komputer dan pencetak dengan kabel USB. (Dalam mod pemulihan, anda tidak boleh mengemas kini perisian tegar melalui sambungan rangkaian.) 2. Layari laman web Epson tempatan anda untuk mendapatkan arahan lanjut. |
* Dalam beberapa kitaran cetakan jumlah lebihan dakwat yang sangat kecil dikumpulkan di dalam pad dakwat. Selain menggunakan kotak penyelenggaraan, pad dakwat ini menyerap sisa dakwat yang ditolak keluar semasa menggunakan pencetak. Apabila pad telah mencapai akhir hayat perkhidmatannya, pembersihan tidak boleh dilakukan sehingga pad itu diganti. Sama ada dan berapa kerap perkara ini diperlukan berbeza mengikut jumlah halaman yang anda cetak, jenis bahan yang anda cetak dan bilangan kitaran cucian yang pencetak lakukan. Keperluan untuk penggantian pad tidak bermakna bahawa pencetak anda telah berhenti beroperasi mengikut spesifikasi. Pencetak akan menasihati anda bila pad perlu diganti dan ini hanya boleh dilakukan oleh seseorang yang disahkan oleh pembekal Perkhidmatan Epson. Jaminan Epson tidak meliputi kos penggantian ini.