Pilih Penyelengg. pada skrin utama.
Untuk memilih item, gunakan butang
dan kemudian, tekan butang OK.
Pilih Isikan Dakwat.
Tekan butang
untuk membaca semua keselamatan dan langkah berjaga-jaga untuk mengisi dakwat, kemudian tekan butang OK untuk meneruskan.
Buka penutup tangki dakwat.
Buka tudung tangki dakwat.
Semasa memegang botol dakwat secara menegak, pusing tudung dengan perlahan untuk menanggalkannya.
Epson mengesyorkan penggunaan botol dakwat Epson yang tulen.
Berhati-hati untuk tidak menumpahkan sebarang dakwat.
Jangan sentuh bahagian atas botol dakwat selepas membuka penutup; jika tidak, anda mungkin akan kotor terkena dakwat.
Periksa garisan atas (a) dalam tangki dakwat.
Samakan bahagian atas botol dakwat dengan port isian, kemudian masukkan terus ke dalam port untuk mengisi dakwat hingga dakwat berhenti secara automatik pada garisan atas.
Dakwat mula mengalir dan berhenti secara automatik apabila dakwat mencapai garisan atas.
Jika dakwat tidak mengalir ke dalam tangki, tanggalkan botol dakwat dan masukkannya semula.
Walau bagaimanapun, jangan keluarkan dan masukkan semula botol dakwat apabila dakwat telah mencecah garisan atas; jika tidak, dakwat boleh bocor atau pencetak mungkin rosak jika dakwat naik melepasi garisan atas.
Selepas selesai mengisi dakwat, keluarkan botol dakwat.
Jangan biarkan botol dakwat dalam keadaan dimasukkan; jika tidak botol mungkin rosak atau dakwat mungkin bocor.
Jika terdapat dakwat di dalam botol dakwat, ketatkan penutup dan simpan botol secara menegak untuk digunakan di lain waktu.

Tutup tudung tangki dakwat dengan kemas.

Tutup penutup tangki dakwat dengan kemas.
Tekan butang
, kemudian ikut arahan pada skrin untuk menetapkan paras dakwat.
Walaupun anda tidak mengisi semula dakwat hingga garisan atas pada tangki dakwat, anda boleh terus menggunakan pencetak. Namun, untuk memastikan pencetak anda beroperasi dalam keadaan yang terbaik, isi tangki dakwat sehingga ke garisan atas dan tetapkan semula paras dakwat serta-merta.