Epson iPrint ialah aplikasi yang membolehkan anda mencetak foto, dokumen dan halaman web daripada peranti pintar seperti telefon pintar atau tablet. Anda boleh menggunakan cetakan setempat, mencetak daripada peranti pintar yang disambungkan kepada rangkaian wayarles yang sama dengan pencetak anda atau cetakan jauh, mencetak dari lokasi yang jauh melalui Internet. Untuk menggunakan cetakan jauh, daftar pencetak anda dalam perkhidmatan Epson Connect.
Apabila penghala wayarles disambungkan kepada rangkaian yang sama dengan pencetak, anda boleh mengendalikan pencetak melalui penghala wayarles dari peranti pintar anda.
