Kod dipaparkan pada skrin LCD jika terdapat ralat atau maklumat yang memerlukan perhatian anda.
|
Kod |
Situasi |
Penyelesaian |
|---|---|---|
|
E-01 |
Ralat pencetak telah berlaku. |
Buka unit pengimbas dan keluarkan sebarang kertas atau bahan perlindungan di dalam pencetak. Matikan kuasa dan hidupkan semula. |
|
E-02 |
Ralat pengimbas telah berlaku. |
Matikan kuasa dan hidupkan semula. |
|
E-11 |
Pad dakwat perlu digantikan. |
Hubungi Epson atau pembekal perkhidmatan Epson yang disahkan untuk menggantikan pad dakwat*. Ia adalah bahagian yang tidak boleh diselenggara pengguna. Bagaimanapun, ciri bukan cetakan seperti pengimbasan tersedia. |
|
W-01 |
Kertas tersekat berlaku. |
Keluarkan kertas daripada pencetak dan tekan butang yang dipaparkan di bahagian bawah skrin LCD untuk mengosongkan ralat tersebut. Dalam sesetengah keadaan, anda perlu mematikan dan menghidupkan kuasa semula. |
|
W-11 |
Pad dakwat semakin hampir ke penghujung hayat perkhidmatannya. |
Hubungi Epson atau pembekal perkhidmatan Epson yang disahkan untuk menggantikan pad dakwat*. Ia adalah bahagian yang tidak boleh diselenggara pengguna. Mesej ini akan dipaparkan sehingga pad dakwat digantikan. Tekan butang |
|
I-41 |
Pprn Auto Prsd Krts dinyahdayakan. Sesetengah fungsi tidak dapat digunakan. |
Sekiranya Pprn Auto Prsd Krts dinyahdayakan, anda tidak boleh menggunakan AirPrint. |
|
I-60 |
Komputer anda mungkin tidak menyokong WSD (Perkhidmatan Web untuk Peranti). |
Ciri imbas ke komputer (WSD) hanya tersedia untuk komputer yang menjalankan versi bahasa Inggeris Windows 10, Windows 8.1, Windows 8, Windows 7 atau Windows Vista. Pastikan bahawa pencetak disambung dengan betul ke komputer. |
|
Recovery Mode Update Firmware |
Pencetak telah dimulakan dalam mod pemulihan kerana kemas kini perisian tegar telah gagal. |
Ikut langkah di bawah untuk cuba mengemas kini perisian tegar sekali lagi. 1. Sambungkan komputer dan pencetak dengan kabel USB. 2. Layari laman web Epson tempatan anda untuk mendapatkan arahan lanjut. |