> Maklumat Produk > Senarai Menu Tetapan > Tetapan Rangkaian

Tetapan Rangkaian

Pilih menu pada panel kawalan seperti yang diterangkan di bawah.

Tetapan > Tetapan Rangkaian

Cetak Helaian Status:

Mencetak helaian status rangkaian.

Persediaan Wi-Fi:

Sediakan atau tukar tetapan rangkaian wayarles. Pilih kaedah sambungan daripada yang berikut dan kemudian ikut arahan pada panel kawalan.

Wi-Fi (Disyorkan):
  • Wizard Persediaan Wi-Fi

  • Butang Tolak (WPS)

  • Lain-lain

    • Kod PIN (WPS)

    • Auto Sambung Wi-Fi

    • Nyahdayakan Wi-Fi

      Anda mungkin boleh menyelesaikan masalah rangkaian dengan menyahdayakan tetapan Wi-Fi atau membuat semula tetapan Wi-Fi. Pilih Persediaan Wi-Fi > Wi-Fi (Disyorkan) > Lain-lain > Nyahdayakan Wi-Fi > OK.

Wi-Fi Direct:
  • iOS

  • Android

  • Peranti OS Lain

  • Ubah Suai

    • Ubah Nama Rangkaian

    • Tukar Kata laluan

    • Lumpuhkan Wi-Fi Direct

    • Pulihkan Tetapan Lalai

Semak Sambungan:

Menyemak sambungan rangkaian semasa dan mencetak laporan. Sekiranya terdapat sebarang masalah dengan sambungan, lihat laporan untuk menyelesaikan masalah tersebut.