> Arahan Penting > Arahan Keselamatan > Arahan Keselamatan untuk Dakwat

Arahan Keselamatan untuk Dakwat

  • Jika dakwat terkena kulit, mata atau mulut anda, lakukan tindakan berikut.

    • Sekiranya dakwat terkena pada kulit anda, basuh kawasan tersebut sehingga bersih dengan sabun dan air.

    • Sekiranya dakwat masuk ke dalam mata anda, bilas segera dengan air. Sekiranya ketidakselesaan atau masalah penglihatan berterusan selepas membilas, sila berjumpa doktor dengan segera.

    • Sekiranya dakwat masuk ke dalam mulut anda, sila berjumpa doktor dengan segera.

  • Jangan membuka kartrij dakwat dan kotak penyelenggaraan; jika tidak dakwat boleh masuk ke dalam mata atau terkena pada kulit anda.

  • Jangan menggoncang kartrij dakwat terlalu kuat; jika tidak dakwat mungkin keluar dari kartrij.

  • Jauhkan kartrij dakwat dan kotak penyelenggaraan daripada capaian kanak-kanak.