Lihat maklumat yang dibekalkan dengan CD/DVD untuk maklumat lanjut tentang pengendalian CD/DVD atau penulisan data.
Jangan cetak di atas CD/DVD sebelum menulis data kepadanya. Jika anda lakukan, kesan cap jari, kotoran, atau calar pada permukaan boleh menyebabkan ralat semasa penulisan data.
Bergantung kepada jenis CD/DVD atau data cetakan, kotoran akan berlaku. Cuba ubtuk membuat cetakan cubaan di atas CD/DVD yang lain. Periksa permukaan cetakan selepas menunggu selama sehari.
Bandingkan dengan mencetak atas kertas Epson tulen, kemasan cetakan direndahkan untuk mengelakkan dakwat mengotorkan CD/DVD. Laraskan kemasan cetakan sebagaimana diperlukan.
Berikan masa sekurang-kurangnya 24 jam kepada CD/DVD yang dicetak untuk kering tanpa cahaya matahari terus. Jangan susun atau masukkan CD/DVD ke dalam peranti anda sehingga ianya betul-betul kering.
Jika permukaan cetakan masih melekit selepas ianya kering, kurangkan kemasan cetakan.
Cetakan semula atas CD/DVD yang sama tidak akan meningkatkan kualiti cetakan.
Jika dulang cakera atau petak dalaman telus pandang tersilap dicetak, lapkan dakwat dengan segera.
Bergantung pada tetapan kawasan cetakan, dulang cakera boleh kotor. Buat tetapan untuk mencetak di kawasan cetakan.
Anda boleh mengaturkan jangkauan cetakan CD/DVD untuk minimum 18 mm diameter dalaman, dan 120 mm maksimum untuk diameter luaran. Bergantung pada tetapan, dulang CD/DVD atau cakera boleh comot. Aturkan dalam lingkungan jangkauan cetakan untuk CD/DVD yang akan dicetak.