> Maklumat Produk > Tetapan Pencetak > Tetapan Pencetak

Tetapan Pencetak

Pilih menu pada panel kawalan seperti yang diterangkan di bawah.

> Tetapan Pencetak > Tetapan Pencetak

Pprn Auto Persediaan Krts:

Pilih Hidup untuk memaparkan skrin Tetapan Kertas semasa memuatkan kertas dalam penyuap kertas belakang. Jika anda menyahdayakan ciri ini, anda tidak boleh mencetak daripada iPhone, iPad atau iPod touch menggunakan AirPrint.

Notis Ralat:
Kertas Tidak Sepadan:

Memaparkan amaran jika tetapan kertas (tetapan cetak) untuk tugas cetakan tidak sepadan dengan tetapan kertas pencetak yang dibuat apabila anda memuatkan kertas. Tetapan ini menghalang salah cetak. Bagaimanapun, skrin tetapan kertas tidak dipaparkan apabila Pprn Auto Persediaan Krts dinyahdayakan dalam menu berikut. Jika anda menyahdayakan ciri ini, anda tidak boleh mencetak daripada iPhone, iPad atau iPod touch menggunakan AirPrint.

Tetapan Pencetak > Tetapan Pencetak > Pprn Auto Persediaan Krts

Kesan Renyuk Kertas:

Pilih Hidup untuk memaparkan mesej apabila kertas disuapkan pada satu sudut.

Mendatar Di Tengah:

Pilih Hidup untuk mencetak imej di bahagian tengah kertas.

Kertas Tebal:

Pilih Hidup untuk menghalang hasil cetakan anda daripada comot terkena dakwat.