> Menyelesaikan Masalah > Kualiti Cetakan Rendah > Cetakan Kabur, Jaluran Menegak atau Salah Jajaran

Cetakan Kabur, Jaluran Menegak atau Salah Jajaran

Sebab berikut boleh dipertimbangkan.

Kedudukan kepala cetak tidak sejajar.

Penyelesaian

Pada panel kawalan pencetak, pilih > Penyelengg. > Pensejajaran Kepala Cetakan untuk menjajarkan kepala cetak.

Tetapan cetakan dua arah didayakan.

Penyelesaian

Jika kualiti cetakan tidak bertambah baik walaupun selepas menjajarkan kepala cetak, nyahdayakan tetapan dua arah.

Semasa cetakan dwiarah (atau kelajuan tinggi), kepala cetak mencetak sambil bergerak di kedua-dua arah dan garisan menegak mungkin tidak selari. Menyahdayakan tetapan ini boleh memperlahankan kelajuan cetakan tetapi meningkatkan kualiti cetakan.

  • Windows

    Pilih Pilihan Kualiti sebagai tetapan Tahap pada tab Utama pemacu pencetak dan kemudian, kosongkan High Speed.

  • Mac OS

    Pilih Tetapan Cetak daripada menu timbul dialog cetakan dan kemudian, kosongkan High Speed.