> Menyelesaikan Masalah > Kertas Tersekat

Kertas Tersekat

Periksa ralat yang dipaparkan pada panel kawalan dan ikut arahan untuk mengeluarkan kertas yang tersekat termasuk sebarang kepingan yang terkoyak. Seterusnya, padamkan ralat. Skrin LCD memaparkan animasi yang menunjukkan cara untuk mengeluarkan kertas yang tersekat.

Awas:

Jangan sentuh butang pada panel kawalan semasa tangan anda berada dalam pencetak. Sekiranya pencetak bermula beroperasi, ia boleh menyebabkan kecederaan. Berhati-hati untuk tidak menyentuh bahagian yang menonjol bagi mengelakkan kecederaan.

Penting:
  • Keluarkan kertas yang tersekat dengan berhati-hati. Mengeluarkan kertas secara kasar boleh menyebabkan kerosakan kepada pencetak.

  • Setelah mengeluarkan kertas yang tersekat dari suapan kertas belakang, kami mengesyorkan mematikan dan menghidupkan pencetak sebelum anda menggunakannya semula. Apabila anda mengeluarkan kertas, keadaan suapan kertas belakang mungkin berubah menyebabkan kertas tidak dapat dimuat dengan betul atau kertas mungkin tidak dimasukkan sama sekali.

Perhatian:

Apabila mengeluarkan kertas yang tersekat dari bahagian dalam pencetak, tarik keluar penyuap kertas hadapan supaya anda boleh mengeluarkan kertas yang tersekat dengan mudah.