Anda boleh mengedit maklumat kertas dan mencetak menggunakan tetapan kegemaran anda.
Mulakan Epson Media Installer dan pilih Media Management. Pilih tetapan kertas (tetapan media) yang mahu anda edit dan kemudian, pilih
.

Pilih maklumat kertas yang anda salin dan kemudian, pilih
.
Edit hanya dilakukan berdasarkan maklumat kertas yang disalin (tetapan media). Anda tidak boleh mengedit maklumat kertas asal secara terus. Anda boleh menyalin maklumat kertas untuk kertas yang berstatus Registered.
Tentukan setiap tetapan pada skrin pengeditan dan kemudian, pilih OK.

|
Item |
Penerangan Tetapan |
|---|---|
|
Media Setting Name |
Tentukan nama untuk tetapan media. |
|
Media Type |
Tetapkan nama kategori untuk kertas. Ini dipaparkan ke paparan jenis kertas dalam pemacu pencetak atau pada panel kawalan pencetak. |
|
Platen Gap |
Tentukan selang (jurang platen) kepala cetak dan kertas. Jika kertas comot, tingkatkan nilai tersebut. Jika menjalankan Pensejajaran Kepala Cetakan pada pencetak tidak meningkatkan bintik atau kekaburan dalam hasil cetakan, kurangkan nilai tersebut. |
|
Drying Time per Pass |
Tentukan tempoh masa untuk menghentikan kepala cetak selepas setiap laluan untuk membantu dakwat kering. Bergantung pada kertas, dakwat mungkin tidak kering dengan mudah. Tentukan masa pengeringan yang lebih lama apabila titisan atau tumpahan dakwat berlaku dalam hasil cetakan. Sila ambil perhatian bahawa penetapan masa pengeringan yang lebih lama akan meningkatkan keseluruhan masa cetakan. |
|
Paper Thickness |
Tentukan ketebalan kertas. |
|
Paper Size Check |
Kami mengesyorkan anda memilih tetapan ini. Kosongkan kotak semak ini jika ralat kertas dipaparkan walaupun anda telah memuatkan kertas dengan betul. Sila ambil perhatian bahawa jika anda mengosongkan kotak semak ini, perkara berikut akan berlaku.
|
|
Paper Feed Offset |
Tentukan tetapan ini apabila penjaluran (corak seperti jalur mendatar atau warna tidak sekata) tidak boleh diselesaikan walaupun selepas memeriksa dan membersihkan kepala cetak atau melakukan Pensejajaran Kepala Cetakan pada pencetak. Jika kelajuan suapan kertas terlalu perlahan, penjaluran gelap akan berlaku. Dalam situasi ini, laraskan suapan kertas dalam arah positif (+). Jika suapan kertas terlalu laju, penjaluran putih akan berlaku. Dalam situasi ini, laraskan suapan kertas dalam arah negatif (-). |
|
Paper Feed Offset(Bottom) |
Tentukan nilai untuk ofset suapan kertas bagi kawasan cetakan sehingga lebih kurang 39 mm dari hujung kertas potong. |
|
ICC Profile |
Membolehkan anda menentukan profil ICC untuk jenis kertas lain. |
Pilih kertas yang diedit daripada jenis kertas dalam Epson Print Layout atau pemacu pencetak dan kemudian, cetak.