> Maklumat Produk > Tetapan Pencetak > Tetapan Asas

Tetapan Asas

Pilih menu pada panel kawalan seperti yang diterangkan di bawah.

> Tetapan Pencetak > Tetapan Asas

Lampu Dalam:

Pilih Auto untuk menghidupkan lampu dalaman secara automatik semasa mencetak.

Kecerahan LCD:

Laraskan kecerahan skrin LCD.

Bunyi:

Laraskan kelantangan dan pilih jenis bunyi.

  • Bisukan

  • Tekan Butang

  • Nada ralat

  • Jenis Bunyi

Pemasa Tidur:

Laraskan tempoh masa untuk masuk ke mod tidur (mod penjimatan tenaga) apabila pencetak tidak melakukan sebarang operasi. Skrin LCD menjadi gelap apabila masa yang ditetapkan berlalu.

Tetapan Mati Kuasa:

Produk anda mungkin mempunyai ciri ini atau ciri Pmsa Mati Ksa bergantung pada lokasi pembelian.

  • Matikan Kuasa Jika Tidak Aktif

    Pilih tetapan ini untuk mematikan pencetak secara automatik jika tidak digunakan untuk tempoh masa tertentu. Sebarang kenaikan akan memberi kesan kepada kecekapan tenaga produk. Sila pertimbangkan persekitaran sebelum membuat apa-apa perubahan.

  • Matikn Kuasa Jika Dinyahsambungkan

    Pilih tetapan ini untuk mematikan pencetak selepas tempoh masa tertentu apabila semua port termasuk port USB diputuskan sambungan. Ciri ini mungkin tidak tersedia bergantung pada rantau anda.

    Lihat laman web berikut untuk tempoh masa tertentu.

    https://www.epson.eu/energy-consumption

Pmsa Mati Ksa:

Produk anda mungkin mempunyai ciri ini atau ciri Tetapan Mati Kuasa bergantung pada lokasi pembelian.

Pilih tetapan ini untuk mematikan pencetak secara automatik apabila tidak digunakan untuk tempoh masa tertentu. Anda boleh melaraskan masa sebelum pengurusan kuasa dikenakan. Sebarang kenaikan akan memberi kesan kepada kecekapan tenaga produk. Sila pertimbangkan persekitaran sebelum membuat apa-apa perubahan.

Tetapan Tarikh/Masa:
  • Tarikh/Masa

    Masukkan tarikh dan masa semasa.

  • Waktu Jimat Siang

    Pilih tetapan masa musim panas yang terpakai kepada kawasan anda.

  • Perbezaan Masa

    Masukkan perbezaan masa antara waktu tempatan anda dan UTC (Waktu Universal Selaras).

Bahasa/Language:

Pilih bahasa yang digunakan pada skrin LCD.

Unit Panjang:

Pilih unit panjang.