Mencetak corak pemeriksaan nozel untuk memeriksa jika muncung kepala cetakan tersumbat.
Membersihkan muncung yang tersumbat dalam kepala cetak. Oleh sebab ciri ini menggunakan sedikit dakwat, bersihkan kepala cetak hanya jika muncung tersumbat. Cetak corak pemeriksaan muncung dan pilih Membersih jika terdapat hanya sedikit kecacatan dalam corak. Pembersihan Kuasa menggunakan lebih banyak dakwat berbanding Membersih. Hanya gunakan kaedah ini jika terdapat banyak kecacatan dalam corak pemeriksaan muncung.
Membuka tetingkap EPSON Status Monitor 3. Di sini anda boleh mengesahkan status pencetak dan guna habis.
Membenarkan anda membuat tetapan untuk item pada tetingkap EPSON Status Monitor 3.
Memaparkan tugas yang sedang menunggu untuk dicetak. Anda boleh menyemak, menjeda atau menyambung semula tugas cetakan.
Klik untuk memaparkan kotak dialog Maklumat Pencetak dan Pilihan. Anda boleh melihat dan membuat tetapan untuk maklumat pilihan.
Membolehkan anda membuat pelbagai tetapan yang berkaitan dengan kelajuan dan kemajuan cetakan. Klik kanan setiap item untuk melihat bantuan dalam talian bagi mendapatkan butiran lanjut.
Anda boleh mengatur item senarai Pilih Tetapan dan Saiz Kertas. Aturkan item mengikut kemahuan anda atau klasifikasikan item ke dalam kumpulan. Anda juga boleh menyembunyikan item yang tidak anda guna.
Anda boleh mengeksport atau mengimport tetapan pemacu pencetak. Mudah untuk menggunakan ciri ini apabila anda mahu membuat tetapan pemacu pencetak yang sama kepada berbilang komputer.
Anda boleh menambah tetapan media pada pencetak dan pemacu pencetak daripada Internet. Klik apabila anda tidak menemui media yang mahu anda cetak berdasarkan jenis media pencetak. Bergantung pada media yang sedang anda gunakan, anda mungkin tidak dapat memuat turun tetapan media.
Lihat pautan maklumat yang berkaitan di bawah untuk mendapatkan butiran.