Anda boleh melaraskan warna yang digunakan dalam tugas cetakan. Pelarasan ini tidak dikenakan kepada data asal.

Peningk.Foto menghasilkan imej yang lebih tajam dan warna lebih yang terang dengan melaraskan kontras, penepuan, dan kecerahan data imej asal secara automatik.
Peningk.Foto melaraskan warna dengan menganalisa lokasi subjek. Oleh itu, sekiranya anda telah menukar lokasi subjek dengan mengurangkan, membesarkan, memangkas, atau memutar imej, warna boleh berubah tanpa dijangka. Memilih tetapan tanpa sempadan juga boleh menukar lokasi subjek yang mengakibatkan perubahan warna. Sekiranya imej berada di luar fokus, tona mungkin tidak asli. Sekiranya warna berubah atau menjadi tidak asli, sila mencetaknya dalam mod lain daripada Peningk.Foto.
Pilih Padanan Warna daripada menu pop timbul, dan kemudian pilih EPSON Color Controls.
Pilih Tetapan Cetak daripada menu timbul.
Pada tab Asas, pilih jenis pembetulan warna daripada Tetapan Warna.
Pilih tab Tetapan Warna Lanjutan dan kemudian, tetapkan Gama, Kecerahan, Kontras, Ketepuan dan sebagainya.
Tetapkan item lain yang perlu.
Klik Cetak.