Anda boleh menyambung ke penghala wayarles secara automatik dengan menggunakan kod PIN. Anda boleh menggunakan kaedah ini untuk membuat penyediaan jika penghala wayarles berupaya melakukan WPS (Persediaan Terlindung Wi-Fi). Gunakan komputer untuk memasukkan kod PIN ke penghala wayarles.
Ketik
pada skrin utama.
Ketik Wi-Fi(Disyorkan).
Jika pencetak sudah disambungkan melalui Ethernet, ketik Penghala.
Ketik Mulakan Persediaan.
Jika sambungan rangkaian sudah disediakan, butiran sambungan akan dipaparkan. Ketik Tukar Tetapan untuk mengubah tetapan.
Jika pencetak sudah disambungkan melalui Ethernet, ketik Tukar kepada sambungan Wi-Fi., kemudian ketik Ya selepas mengesahkan mesej.
Ketik Lain-lain > Persediaan Kod PIN (WPS).
Gunakan komputer anda untuk memasukkan kod PIN (nombor lapan digit) yang dipaparkan pada panel kawalan pencetak ke penghala wayarles dalam masa dua minit.
Lihat dokumentasi yang disertakan dengan penghala wayarles untuk mendapatkan butiran tentang memasukkan kod PIN.
Ketik Mulakan Persediaan pada panel kawalan pencetak.
Ketik Tutup.
Skrin tertutup secara automatik selepas satu tempoh masa tertentu jika anda tidak mengetik Tutup.
Jika sambungan gagal, mulakan semula penghala wayarles, dekatkannya dengan pencetak dan cuba lagi. Jika masih tidak berfungsi, cetak laporan sambungan dan semak penyelesaiannya.
Ketik Tutup pada skrin tetapan sambungan rangkaian.