> Percetakan > Mencetak Dokumen > Mencetak daripada Komputer — Windows > Menambahkan Pratetapan Cetakan untuk Kemudahan Mencetak

Menambahkan Pratetapan Cetakan untuk Kemudahan Mencetak

Sekiranya anda membuat pratetapan anda sendiri untuk tetapan cetak yang kerap digunakan pada pemacu pencetak, anda boleh mencetak dengan mudah dengan memilih pra tetapan daripada senarai.

  1. Pada tab Utama atau Bentangan pemacu pencetak, tetapkan setiap item (seperti Jenis Media dan Sumber).

    Tab Utama

    Tab Bentangan

  2. Klik Simpan/Padam dalam Pilih Tetapan.

  3. Masukkan Nama dan jika perlu, masukkan komen.

  4. Klik Simpan.

    Perhatian:

    Untuk memadam pra tetapan yang telah ditambah, klik Simpan/Padam, pilih nama pra tetapan yang anda hendak padam dari senarai, dan kemudian memadamnya.

  5. Klik Cetak.

Selepas ini apabila anda mahu mencetak menggunakan tetapan yang sama, pilih nama tetapan yang didaftarkan daripada Pilih Tetapan dan klik OK.