Memeriksa Sambungan Menggunakan Perintah Ping - Mac OS

Anda boleh menggunakan perintah Ping untuk memastikan komputer disambungkan ke pencetak. Ikut langkah di bawah untuk menyemak sambungan menggunakan perintah Ping.

  1. Periksa alamat IP pencetak untuk sambungan yang anda mahu periksa.

    Anda boleh menyemaknya daripada skrin Status Rangkaian pada panel kawalan pencetak, laporan sambungan atau lajur IP Address pada helaian status rangkaian.

  2. Jalankan Utiliti Rangkaian.

    Masukkan “Utiliti Rangkaian” dalam Spotlight.

  3. Klik tab Ping, masukkan alamat IP yang anda periksa dalam langkah 1, dan kemudian klik Ping.

  4. Periksa status komunikasi.

    Jika pencetak dan komputer sedang berkomunikasi, mesej berikut dipaparkan.

    Jika pencetak dan komputer tidak berkomunikasi, mesej berikut dipaparkan.