Cuba penyelesaian berikut.
Matikan peranti yang ingin disambungkan ke rangkaian. Tunggu kira-kira 10 saat, kemudian hidupkan peranti dalam aturan berikut; titik akses, komputer dan pencetak. Dekatkan pencetak dan komputer ke titik akses dan alihkan sebarang halangan antara kedua-dua peranti ini untuk mengukuhkan komunikasi gelombang radio, kemudian cuba lakukan tetapan rangkaian semula.
Anda boleh memeriksa kekuatan gelombang radio dari ruangan [Wayarles] di dalam helaian status rangkaian. Jika [Kekuatan Isyarat] adalah [Biasa], kekuatan gelombang radio mungkin lemah. Jika pencetak mempunyai skrin LCD, anda turut boleh menyemak kekuatan gelombang radio daripada skrin utama. Dekatkan pencetak dan titik akses. Jika gangguan berlaku, alihkan daripada alat gelombang elektromagnet atau alat radio yang lain.
Pastikan jika SSID dan kata laluan untuk titik akses adalah betul. Jika anda menggunakan titik akses dengan tetapan lalainya, SSID dan kata laluan terdapat pada label. Jika anda tidak mengetahui SSID dan kata laluan, hubungi orang yang menetapkan titik akses atau lihat dokumentasi yang dibekalkan dengan titik akses. Kata laluan adalah sensitif huruf.
Jika titik akses ditetapkan untuk menyembunyikan SSID, masukkan terus SSID dan kata laluan pada pencetak dan komputer.
Jika port pencetak adalah salah, anda tidak dapat mencetak atau percetakan mungkin berhenti. Periksa sama ada port pencetak ditetapkan atau dipilih dengan betul.
Gunakan arahan Ping untuk memastikan pencetak dan komputer telah disambungkan.
Periksa jika persekitaran rangkaian telah ditukar. Jika anda menukar titik akses, buat tetapan rangkaian semula dan sambung komputer dan pencetak ke rangkaian yang sama. Anda boleh menyemak rangkaian pada laporan sambungan rangkaian.
Jika pencetak tidak dipaparkan pada skrin tambah pencetak apabila menggunakan Mac OS X dan menggunakan rangkaian Ethernet dan Wi-Fi, keutamaan rangkaian di antara pencetak dan peranti mungkin rendah. Tingkatkan keutamaan rangkaian.
Jika pemisah privasi pada titik akses didayakan, anda tidak boleh berkomunikasi antara peranti yang disambungkan. Nyahdayakan pemisah privasi, kemudian cuba lagi. Lihat dokumentasi disediakan dengan titik akses untuk maklumat lanjut.