Tambahkan pencetak menggunakan Mac OS X

Jika pencetak anda sudah dipaparkan dalam Pencetak & Pengimbas (atau Cetak & Imbas, Cetak & Faks), pilih pencetak anda, klik butang untuk memadam. Tambahkan pemacu pencetak dan faks (untuk model yang mempunyai fungsi faks) mengikut arahan di bawah.

  1. Pilih menu > Pilihan Sistem > Pencetak & Pengimbas (atau Cetak & Imbas, Cetak & Faks).

  2. Klik butang +.

  3. Pilih Tambah Pencetak atau Pengimbas.

  4. Pilih pencetak Epson anda daripada senarai.

  5. Pilih pemacu yang dinamakan seperti pencetak anda.

    Lihat jadual di bawah untuk memastikan anda memilih pencetak yang betul.

    Kaedah Sambungan

    Pemacu Pencetak

    Pemacu Faks

    USB

    EPSON XXXXX

    FAX XXXXX (USB)

    Rangkaian

    EPSON XXXXX

    EPSON XXXXX -YYYYYY

    FAX EPSON XXXXX (IP)

    FAX EPSON XXXXX -YYYYYY (IP)

    FAX ZZZ.ZZZ.ZZZ.ZZZ (IP)

    * XXXXX = Nama produk. YYYYYY = Alamat MAC 6 digit. ZZZ.ZZZ.ZZZ.ZZZ = Alamat IP.

  6. Klik Tambah.

    Perhatian:

    Selepas anda menambahkan pemacu, anda tidak perlu menambahnya semula melainkan anda menukar kaedah sambungan atau menggunakan produk lain. Pastikan produk dihidupkan dan disambungkan dengan betul ke komputer anda menggunakan sambungan USB atau rangkaian. Pemacu faks mungkin mengambil sedikit masa untuk dicari. Tunggu sehingga pemacu faks dipaparkan dalam senarai dan tambahkan pemacu faks menggunakan prosedur yang sama.