Anda boleh mencetak walaupun tanpa memasang pemacu pencetak menggunakan Cetakan Awan Google.
Untuk mendaftarkan pencetak anda pada Cetakan Awan Google, anda memerlukan Chromebook atau peranti yang boleh menggunakan pelayar Chrome.
Anda juga memerlukan akaun Google. Jika anda tidak mempunyai akaun Google, anda perlu menciptanya dahulu.
Muatkan kertas dalam pencetak.
Sambungkan pencetak anda kepada rangkaian.
Untuk butiran tentang tetapan rangkaian bagi pencetak anda, lihat Panduan Pengguna atau Panduan Pentadbir (hanya tersedia untuk model tertentu) untuk produk anda.
Daftarkan pencetak anda pada Cetakan Awan Google menggunakan Chromebook atau peranti yang boleh menggunakan pelayar Chrome.
Untuk butiran tentang prosedur pendaftaran, lihat bantuan untuk Cetakan Awan Google pada tapak web Google.
Sahkan pencetak yang anda mahu daftarkan dan kemudian klik atau ketik Daftar.
Apabila hanya nama pencetak dipaparkan, klik atau ketik nama pencetak.
Berikut ialah contoh.
Pada skrin pengesahan, klik atau ketik Daftar.
Pada panel kawalan pencetak, benarkan permintaan pendaftaran dengan cara berikut.
Helaian pelengkapan pendaftaran dicetak.