Menyediakan dan Menyambung daripada Komputer melalui Port WSD (untuk Windows Sahaja)

Bahagian ini menerangkan cara untuk menyediakan port WSD untuk Windows 7/Windows Vista.

Perhatian:

Untuk Windows 8 atau lebih baru, port WSD disediakan secara automatik.

Perkara berikut perlu untuk menyediakan port WSD.

  • Pencetak dan komputer adalah bersambung ke rangkaian.

  • Pemacu pencetak dipasang di komputer.

  1. Pasang pencetak.

  2. Klik mula, dan klik Rangkaian pada komputer.

  3. Klik-kanan di pencetak, dan klik Pasang.

    Klik Teruskan bila skrin Kawalan Akaun Pengguna dipaparkan.

    Klik Nyahpasang dan pasang semula jika skrin Nyahpasang dipaparkan.

    Perhatian:

    Nama pencetak yang anda tetapkan di rangkaian dan nama model (EPSONXXXXXX(XX-XXXX)) dipaparkan di skrin rangkaian. Anda boleh menyemak nama pencetak yang ditetapkan pada rangkaian daripada panel kawalan pencetak atau dengan mencetak helaian status rangkaian atau laporan sambungan rangkaian.

  4. Klik Peranti anda sedia untuk digunakan.

  5. Semak mesej dan klik Tutup.

  6. Buka peranti dan skrin pencetak.

    • Windows 7
      Klik mula > Panel Kawalan > Perkakasan dan Bunyi (atau Perkakasan) > Peranti dan Pencetak.
    • Windows Vista
      Klik mula > Panel Kawalan > Perkakasan dan Bunyi > Pencetak.
  7. Pastikan ikon dengan nama pencetak pada rangkaian dipaparkan.

    Pilih nama pencetak semasa mencetak dengan WSD.