Memasang Perisian Tambahan — Windows

EPSON Software Updater memasang perisian tambahan. Perisian ini turut boleh mengemas kini perisian tegar pencetak dan perisian yang dipasang.

Perhatian:

Jika EPSON Software Updater tidak dipasang, akses laman web berikut.

http://epson.sn

Masukkan nama produk, pergi ke Persediaan, kemudian klik Muat turun untuk memuat turun pemasang. Klik atau dwiklik fail yang dimuat turun untuk menjalankan pemasang. Jika skrin Pilih Pemasangan Perisian dipaparkan, pilih Pasang Perisian Aplikasi dan klik Seterusnya.

  1. Lancarkan EPSON Software Updater.

    • Windows 10
      Klik butang mula dan pilih Semua aplikasi > Epson Software > Epson Software Updater.
    • Windows 8.1/Windows 8
      Masukkan nama aplikasi dalam butang capaian carian, kemudian pilih ikon yang dipaparkan.
    • Windows 7/Windows Vista/Windows XP
      Klik pada butang mula, kemudian pilih Semua Program (atau Program) > Epson Software > Epson Software Updater.
  2. Pilih nama perisian yang ingin dipasang daripada senarai perisian terkini, kemudian pasang.

    Perhatian:

    Jika anda menggunakan banyak produk, sila pilih nama model. Senarai ini menunjukkan nama perisian yang dikemas kini dan perisian yang diedarkan daripada laman web.