Menyambung ke Komputer melalui Ethernet — Mac OS X

Anda boleh mengkonfigurasi sambungan Ethernet secara automatik antara pencetak dan komputer dengan menggunakan pemasang.

Perhatian:

Kandungan yang dipaparkan pada skrin berbeza-beza bergantung pada model dan situasi.

  1. Akses laman web berikut daripada komputer yang anda mahu sambungkan ke pencetak, kemudian masukkan nama produk.

    http://epson.sn

  2. Pergi ke Persediaan.

  3. Klik Muat turun untuk memuat turun pemasang.

  4. Jalankan pemasang dengan mengklik atau mengklik dua kali fail yang dimuat turun.

  5. Klik dua kali ikon berikut.

  6. Semak perjanjian lesen dan klik Seterusnya.

  7. Pilih perisian untuk dipasang dan klik Pasang.

    Utiliti Rangkaian Epson dan Pemacu dan Utiliti Epson mesti dipilih.

    Pemasangan perisian bermula.

  8. Pilih Sambungan Rangkaian Ethernet pada skrin berikut.

    Ikut arahan pada skrin.