Menyambung daripada Peranti Pintar Menggunakan Epson iPrint

Sambung peranti pintar ke pencetak yang sudah bersambung ke Wi-Fi atau rangkaian Wi-Fi Direct (AP Mudah). Konfigurasi tetapan rangkaian untuk pencetak anda terlebih dahulu.

Perhatian:

Bergantung pada versi OS atau model, prosedur pengendalian adalah berbeza. Lihat dokumentasi yang dibekalkan dengan peranti pintar untuk mendapatkan arahan operasi.

  1. Ketik Wi-Fi daripada skrin Tetapan pada peranti pintar anda.

    • Android
    • iOS
  2. Dayakan Wi-Fi.

    • Android
    • iOS
  3. Pada peranti pintar anda, pilih SSID yang sama dengan pencetak dan masukkan kata laluan.

    Perhatian:

    Anda boleh menyemak SSID yang disambungkan pencetak tersebut dengan mencetak laporan sambungan rangkaian.

  4. Selepas mewujudkan sambungan, kembali ke skrin utama pada peranti pintar.

  5. Jalankan Epson iPrint pada peranti pintar.

    Jika Epson iPrint tidak dipasang, pasangnya pada peranti pintar anda daripada URL atau kod QR berikut.

    http://ipr.to

  6. Ketik Printer is not selected. atau nama pencetak di sebelah atas skrin.

  7. Ketik Printer.

  8. Pilih nama pencetak yang anda mahu sambungkan.

    Jika sambungan berjaya, baki paras dakwat/toner dipaparkan.