Apabila menyambung komputer ke pengimbas melalui mod AP semasa menggunakan Internet menerusi komunikasi data mudah alih berkelajuan rendah, anda tidak boleh mengakses Internet kerana pengimbas mempunyai sambungan yang diutamakan. Ikut langkah di bawah untuk merendahkan keutamaan untuk mod AP dan meningkatkan keutamaan untuk komunikasi data mudah alih.
Paparkan skrin sambungan rangkaian Windows.
Pilih Sambungan Rangkaian Wayarles (DIRECT-XXXXXXXX), klik kanan untuk memaparkan menu, kemudian pilih Sifat.
Pilih Protokol Internet Versi 4 (TCP/IPv4) atau Internet, kemudian klik Sifat.
Jika anda menggunakan Windows Vista atau lebih baru dengan IPv6, pilih Protokol Internet Versi 6 (TCP/IPv6).
Klik Lanjutan.
Kosongkan Metrik automatik, kemudian masukkan “100” dalam Metrik antara muka.

Klik OK untuk menutup tetingkap.