Anda boleh mengakses antara muka web pengimbas (dipanggil “Web Config”) dengan menggunakan pelayar web. Anda boleh menyemak dan menukar status pengimbas padanya. Pengimbas dan komputer atau peranti pintar mesti mempunyai alamat IP dan disambungkan ke rangkaian yang sama.
Kandungan yang dipaparkan pada skrin berbeza-beza bergantung pada model dan situasi.
Semak alamat IP pengimbas.
Anda boleh menyemak alamat IP pada Epson Scan 2.
Jalankan pelayar Web daripada komputer atau peranti pintar, kemudian masukkan alamat IP pengimbas.

Format:
IPv4: http://alamat IP pengimbas/
IPv6: http://[alamat IP pengimbas]/
Contoh:
IPv4: http://192.168.100.201/
IPv6: http://[2001:db8::1000:1]/
Semasa mengakses Web Config melalui HTTPS, mesej amaran akan dipaparkan dalam pelayar kerana sijil yang ditandatangani sendiri yang disimpan dalam pengimbas digunakan.
Semak dan tukar status pengimbas jika perlu.
Terdapat dua halaman tetapan seperti di bawah.



Advanced Settings mungkin tidak tersedia untuk sesetengah model.
Jika kata laluan telah ditetapkan, hubungi pentadbir rangkaian anda untuk mendapatkan bantuan.