Muat turun perisian daripada laman web dan buat tetapan sambungan untuk menambahkan komputer. Prosedur ini diterangkan dalam keadaan pengimbas tu sudah disambungkan ke rangkaian dan komputer yang ingin ditambahkan disambungkan ke SSID yang sama.
Kandungan yang dipaparkan pada skrin berbeza-beza bergantung pada model dan situasi.
Akses laman web berikut daripada komputer yang anda mahu sambungkan ke pengimbas, kemudian masukkan nama produk.
Pergi ke Persediaan.
Klik Muat turun untuk memuat turun pemasang.
Jalankan pemasang dengan mengklik atau mengklik dua kali fail yang dimuat turun.
Jika anda tidak menemui fail yang dimuat turun, semak folder Desktop atau Muat turun pada komputer anda. Destinasi storan boleh ditukar bergantung pada pelayar.
Semak perjanjian lesen dan klik Seterusnya.

Dayakan atau nyahdayakan item yang disenaraikan dan klik Seterusnya.

Jika skrin Pilih Pemasangan Perisian dipaparkan, pilih Tukar atau tetapkan semula cara sambungan dan klik Seterusnya.

Pilih nama pengimbas yang anda mahu sambungkan dan klik Seterusnya.

Ikut arahan pada skrin.